CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 104|Reply: 0

Usah hanya tahu ‘berkokok’

[Copy link]
Post time 3-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Zahir ingatkan Syed Azmir MSN sudah banyak bantu PSMJANGAN hanya tahu ‘berkokok’! Itulah ingatan bekas perejam terbilang, Zahir Awang kepada Setiausaha Kehormat Persatuan Sepak Takraw Perlis (PSTPs), Syed Azmir Syed Ahmad yang hanya menyalahkan Majlis Sukan Negara (MSN) di sebalik prestasi buruk skuad sepak takraw negara di Sukan SEA XXVI November lalu.\r“Kita mengalu-alukan cadangan daripada mana-mana pihak untuk memulihkan kembali skuad negara, tetapi jangan hanya menyalahkan MSN yang sudah terbukti banyak membantu Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dalam membangunkan dan membentuk skuad negara. \r\n\n\n\n\r  “Bagi saya dia hanya pandai berkata-kata dan berselindung di sebalik kelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dan Sijil Perguruan Khas Pendidikan Jasmani Kesihatan yang dimilikinya, tetapi jika mahu memperkatakan mengenai sepak takraw di Perlis, tiada apa yang boleh dibanggakan.\r\r\n\n\n\n\n  “Bagaimana pembangunan sepak takraw di Perlis dan berapa ramai bintang yang sudah dilahirkan PSTPs untuk mewakili negara?” kata Zahir.\rZahir yang sudah tinggal di Perlis sejak 13 tahun lalu juga hairan bagaimana Syed Azmir hanya menyalahkan MSN di sebalik tindakan mengambil dua bekas pemain Thailand menjadi perunding kepada skuad negara.\r“Saya difahamkan tindakan mengambil dua perunding itu atas persetujuan bersama antara MSN dan PSM. Adakah perkara itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat Majlis PSM?,” soal Zahir yang kini membimbing skuad Sukan Malaysia (SUKMA) Kedah dan Universiti Utara Malaysia (UUM).\rSyed Azmir yang juga ahli Majlis PSM dalam laporannya berhubung prestasi buruk skuad negara menyalahkan MSN di sebalik kelemahan mental pemain kerana tidak melantik pakar psikologi dalam bidang psikologi sukan sebaliknya hanya berkelulusan kaunseling.\r\n\n\n\rDia turut menyalahkan MSN kerana kegagalan dalam mengenal pasti dan memilih dua perunding dari Thailand dengan mempersoalkan kelulusan dari segi kejurulatihan dan pencapaian akademik mereka sehingga diangkat MSN untuk memperbaiki sepak takraw negara.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.056452 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list