|
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mahu pertukaran venue perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah 2012 ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini dijadikan isu besar segelintir penyokong Kelantan.\rNaib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) dengan tujuan supaya perlawanan dapat berlangsung lancar.\r\n\n\n\n\r “Kita dapat lihat aksi persahabatan Kelantan bertemu Terengganu di Kota Bharu baru-baru ini terpaksa dihentikan kerana hujan terlalu lebat. Apabila kita mempunyai pilihan, lebih baik kita buat keputusan terbaik bagi mengelak sebarang kemungkinan.\r\r\n\n\n\n\n “Jika diteruskan perlawanan sumbangsih ini di Kota Bharu dan tiba-tiba terpaksa dihentikan, FAM juga yang akan dipersalahkan. Selepas menilai ramalan kaji cuaca, inilah jalan terbaik,” kata Hamidin pada sidang media di Stadium Nasional, petang semalam.\rHamidin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM bagaimanapun berkata, situasi ‘gelanggang neutral’ untuk perlawanan sumbangsih itu hanya bersifat sementara kerana mengikut peraturan, juara bertahan Liga Super tetap menjadi tuan rumah kepada juara Piala Malaysia.\rTiket perlawanan mula dijual PBNS di Paroi hari ini dengan jumlah diminta mereka daripada FAM sebanyak 30,000 keping tiket manakala bagi penyokong Kelantan, KAFA masih belum memberi kata putus setakat ini.\r“Buat permulaan, kami cetak 45,000 keping tiket. Jika ada keperluan tambahan, kami boleh jual sehingga maksimum 80,000 keping. Harganya seperti diumum sebelum ini, RM15 terbuka dan RM30 grandstand,” jelas Hamidin.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|