|
‘Ia bukan sekadar untuk menambah koleksi piala’\rKETIKA Kelantan meletakkan misi mempertahankan gelaran Piala Sultan Ahmad Shah, Negeri Sembilan akan turun di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok berbekal azam tinggi melakar kemenangan pertama selepas usaha merangkul kejuaraan trofi perlawanan sumbangsih sebelum ini tidak kesampaian.\r\n\n\n\n\r Ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah menyuarakan betapa kemenangan skuad bimbingannya ke atas juara Liga Super bergelar The Red Warriors itu amat penting – bukan saja kerana turun selaku juara Piala Malaysia, tetapi bakal menjadi pembakar semangat dalam misi mempertahankan reputasi sepanjang saingan liga, musim ini.\r\r\n\n\n\n\n “Pemain diingatkan betapa penting trofi ini. Ia bukan sekadar untuk menambah koleksi piala, tetapi mampu meningkatkan lagi keyakinan pemain mengharungi Liga Super yang dijangka lebih mencabar.\r“Pemain Negeri Sembilan diingatkan supaya berusaha memberi persembahan terbaik dan berjuang habis-habisan sambil tidak melakukan kesilapan mudah, demi menjamin kemenangan diharapkan,” katanya semalam.\rBagi pengendali berpengalaman itu, tiada yang mustahil untuk dicapai andai setiap pemain memberi komitmen tinggi serta berusaha keras menterjemahkan apa yang sudah dirancang.\rMenurutnya, perjuangan pemain skuad Hoben Jang Hoben harus bersandarkan kepada keupayaan diri sekali pun ramai di antara mereka itu adalah pemain muda.\r\n\n\n\r“Pemain muda tidak harus menghormati reputasi pasukan lawan tapi harus fokus kepada perlawanan. Mereka harus bijak menghidu kelemahan lawan dan memanfaatkan setiap peluang jaringan,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|