CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 136|Reply: 0

Perancangan pewarisan bawa manfaat untuk semua

[Copy link]
Post time 6-1-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
AmanahRaya  bimbing masyarakat urus harta pusaka, tulis wasiat secara berintegriti\rKEMUNCULAN tahun baru dipenuhi harapan baru. Bagaimanapun kebimbangan sama masih menghantui ramai antara kita iaitu masalah pusaka yang belum ditadbir dan harta pusaka banyak tidak dapat dimanfaatkan secara maksimum.  \r\n\n\n\n\r  Antara penyebab kepada senario ini adalah persengketaan antara keluarga, kurang kesedaran sehingga gagal dan enggan melaksanakan pentadbiran harta pusaka serta kekangan yang lebih bersikap peribadi, yang boleh mengancam keutuhan institusi keluarga Islam. \r\r\n\n\n\n\n  Jika tidak, masakan ada pusaka melepasi tiga generasi masih tidak ditadbir sepenuhnya. Atas kesedaran itu, maka AmanahRaya terus memperkuat dan mempelbagai usaha, antaranya dengan melanjutkan ruangan tetap di Berita Harian setiap Jumaat bagi musim kedua. \rPada musim pertama, AmanahRaya memberi penerangan asas kepada pengertian, definisi serta perkara hukum, rukun dan bidang kuasa. Apa yang jelas, ruangan musim baru akan memberi penekanan kepada perkara berlaku  hari ini.  \rSenario yang diutarakan juga menjurus kepada faktor penting pengendalian dan pelaksanaan.   Ruangan ini diharapkan dapat dijadikan landasan untuk memberi dan mendapat maklum balas tepat serta menolak persepsi negatif yang menimbulkan keraguan. \rAmanahRaya, syarikat milik penuh kerajaan adalah pendukung utama dan pelopor kepada industri peramanahan negara sejak 1921. AmanahRaya bertanggungjawab mendidik dan membangun tahap kesedaran masyarakat, khususnya perkhidmatan pentadbiran pusaka, perkhidmatan amanah serta penulisan wasiat. \r\n\n\n\rAmanahRaya juga bertanggungjawab memberi dan menawarkan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di negara ini, khususnya umat Islam. Begitu juga usaha memastikan integriti sentiasa berada pada tahap tinggi demi menjaga kebajikan serta keharmonian setiap keluarga yang mendapatkan khidmat AmanahRaya.   \rTanggungjawab ini dipikul AmanahRaya lebih 90 tahun sejak 1921 sehingga hari ini. Justeru, ruangan ini akan digunakan untuk mengisi segala kekurangan dan berkongsi pengalaman serta memberi peluang pembaca berinteraksi dengan AmanahRaya secara terus bagi mendapat maklumat atau khidmat yang diperlukan.  \rMasyarakat khususnya umat Islam digalakkan memainkan peranan lebih aktif terutama dalam membicara, merancang atau mengurus pentadbiran pusaka. Umat Islam perlu menguruskan pentadbiran pusaka sebaik berlaku kematian dalam kalangan ahli keluarga atau teman rapat.\rSesungguhnya, kita tidak dapat menolak kesedihan, baik kepada mereka yang hidup dan sudah meninggal dunia. Di mana kita berada, bukan penyebab dan menghalang menunaikan tanggungjawab ini.\rMengapa kita sanggup membiarkan yang sudah pergi tergantung? Mengapa juga yang masih hidup sanggup melihat waris sah merana dan sengsara sedangkan pentadbiran pusaka boleh dibuat di mana-mana 19 cawangan AmanahRaya di seluruh negara.  \rLangkah pertama perlu dilakukan waris ialah melantik AmanahRaya sebagai pentadbir atau wasi.\rJadi, bagi memudahkan proses pentadbiran pusaka,  waris perlu memaklumkan kepada cawangan yang berdekatan secepat mungkin.  \rKeputusan untuk merancang pewarisan berupaya memberi kesejahteraan kepada mereka yang ditinggalkan. Bagaimanapun, semua perancangan ini  perlu mengambil kira keperluan syarak supaya mendapat balasan terbaik daripada Allah SWT.  \rBegitu juga dalam sibuk membuat perancangan, jangan sekali-kali lupa atau membelakangi perkara asas iaitu hukum dan rukun yang wajib dijadikan landasan kepada semua keputusan terutama hukum faraid .  \rKita juga perlu ada rasa insaf dan sedar untuk menghentikan taktik jahat atau kotor bagi tujuan kepentingan sendiri dan pada masa sama menzalimi waris yang berhak kerana perkara ini dilarang keras oleh Islam serta akan mendapat balasan amat berat daripada Allah SWT.  \rPerkara ini boleh berlaku dengan mudah, sama ada secara sengaja atau tidak, antaranya memberi maklumat salah, tidak lengkap, menyerahkan dokumen palsu serta banyak lagi. Oleh itu, langkah terbaik ialah mendapatkan khidmat nasihat dan runding cara supaya tidak  dianiaya atau dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.\rHarta yang tidak terancang boleh menjadi racun dan duri sukar diubati. Malah, ada yang sanggup menggunakan cara yang tidak sah dan mengetepikan hak waris sah. Ini mungkin berlaku disebabkan kurangnya pengetahuan mengenai pengurusan harta pusaka.\rRencana ini disediakan oleh Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan AmanahRaya. Untuk keterangan lanjut, hantar e-mel kepada siti.khadijah@arb.com.my

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.051064 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list