|
KETUA jurulatih Pahang, Dollah Salleh akur dia berdepan tugasan berat memastikan skuad bimbingannya dapat kembali beraksi dalam saingan Liga Super 2013.Dollah yang juga bekas pemain kebangsaan turut meletakkan sasaran berada pada kedudukan teratas Liga Perdana, musim ini biarpun sedar laluan berliku bakal ditempuhi skuad berkenaan.\n\n\n\n Bagi merealisasikan hajat itu, jurulatih berusia 49 tahun itu mahu 24 pemain, termasuk seorang penyerang import disenaraikan musim ini dapat merealisasikan impian berkenaan.\n\n\n\n\n Namun, dia memahami impian itu agak berliku terutama kemantapan beberapa pasukan, khususnya skuad Tentera yang digelar ‘Manchester City\' yang dibarisi pemain berpengalaman.“Skuad kali ini lebih mantap iaitu menggandingkan pemain Pahang dan Shahzan Muda yang kini menunjukkan tahap keserasian diinginkan. Banyak perbezaan dapat dilihat dalam skuad kali ini termasuk kehadiran penyerang import dari Ghana, Nana Yaw di posisi serangan,” katanya selepas majlis memperkenalkan pemain skuad Pahang 2012 di Kuantan, semalam. Hadir sama, Naib Presiden Persatuan Bola Sepak negeri Pahang (PBNP), Datuk Akbar VV Abu, pengurus, Datuk Che Nasir Salleh dan penolong pengurus, Zainal Abidin Hassan.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|