CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11654|Reply: 11

[2012] RELATIONSHIP STATUS [di panggung digital TGV sahaja]

[Copy link]
Post time 7-1-2012 11:03 PM | Show all posts |Read mode

website: http://relationshipstatusmovie.tumblr.com/
facebook: http://www.facebook.com/relationshipstatusmovie
twitter: http://twitter.com/RStatusUpdates




Based on the numerous options available on social networking sites, Relationship Status tells the story of a number of KL-ites from all walks of life whose relationships are created, changed and sometimes even ruined by the way we communicate in the 21st century.

        THE CAST
        




   
WILL QUAH

        About the Movie
        

Written and directed by Khairil M. Bahar (Ciplak, 15Malaysia), Relationship Status is a film that could have only been written in the 21st century.
Based on the numerous options available on sites such as Facebook, Relationship Status tells the story of a number of KL-ites from all walks of life whose relationships are created, changed and sometimes even ruined by social networking and the way we communicate in this day and age.
Some of the stories in Relationship Status may make you laugh whilst some may make you cry. What is for certain, though, is that all the stories will ring true. In fact, most if not all of the stories in Relationship Status are based on actual events that have happened and could have only happened in the 21st century with the popularity of social networking sites.
Just like Malaysia, the country in which the stories in Relationship Status are situated, the film is multi-ethnic and multi-lingual. Some of the characters speak English, some speak Malay, some speak Hokkien. The stories in Relationship Status feature people from all walks of life and of all ages – from students in puppy love and young professionals in blossoming relationships to those that are married and even widowed. But regardless of how different all these characters are, by the end of the movie all their relationships will be directly affected due to social networks.
Some for better, and some for worse.
DIRECTOR’S STATEMENT
From Friendster to MySpace and now Facebook, social networking has evolved into something that has become a part of our lives, as natural a communication tool as the telephone, and a true product of the 21st century.
And I can’t help but notice that all the relationships I’ve had over the past four years, whether it’s how I got into the relationship or how the relationship ended, have all somehow been directly related to Facebook.
I have met people and flirted through Facebook and I’ve had my heart broken and even lost someone because of Facebook. And the more I researched and spoke to others, the more I realized I’m not the only one who’s experienced this.
This year a report came out that 20% of all divorce cases in the US cite evidence found on Facebook as grounds for the dissolution of marriage.
Even the idea of stating one’s relationship status, displaying it to the world, is a relatively new concept. Going through the different relationship status’ available on Facebook I found myself curious as to who would advertise themselves as ‘divorced’ or ‘widowed’ – what would be one’s motivation to share something that only a few years ago you’d keep to yourself unless asked? And I found it curious that for those in the early days of a relationship the question of when you change your status from ‘single’ to ‘in a relationship’ has taken importance when, in all honesty, does it even matter?

Some of the stories in Relationship Status are based on true stories. Some were entirely made up, but after passing the script around I met people who experienced what the characters in the script had gone through. Social networks have changed how relationships are experienced, for better or for worse, and from this new discovery new stories of relationships have emerged, new stories that people can relate to.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2012 01:15 PM | Show all posts
cam best............tp tayang kat tgv sahaja???
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 01:26 PM | Show all posts
Menarik. Aku plan nak tengok cerita ni dengan already famous.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2012 01:35 PM | Show all posts
rendu ngna cite arwah Jasmine. cite ni cam ala2 dia jer.. nmpk menarik gak
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2012 09:12 AM | Show all posts
cam best............tp tayang kat tgv sahaja???
eddlisa_uyuk Post at 8-1-2012 13:15


yup
cuma tayang kat tgv sahaja
summer dah tengok semalam
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2012 11:54 AM | Show all posts
so apa pendapat summer...berbaloi tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2012 08:46 PM | Show all posts
yup
cuma tayang kat tgv sahaja
summer dah tengok semalam
cmf_summer_snow Post at 12-1-2012 09:12 AM



    amacam??? best tak??
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 08:58 AM | Show all posts
Reply 6# forselab


bagi summer berbaloi kalau forselab suka cerita yang jenis macam ni la


summer cuma tengok trailer je
memang tak baca langsung pasal cerita ni
sampai la ada member ajak tengok

jalan cerita dia ada macam2
tapi berkait2 sebenarnya
dan semua pelakon akan cakap perkataan yang sama, 'facebook'
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2012 09:02 AM | Show all posts
amacam??? best tak??
eddlisa_uyuk Post at 12-1-2012 20:46


best jugak
pergi la tengok
sebab filem ni sedikit sebanyak ada kena mengena dengan keadaan masyarakat sekarang


cuma nak bagitahu
takde subtitle malay
yang ada subtitle pun, conversation yang berbahasa melayu / hokkien



spoiler
perut perempuan yang pregnant tu nampak sangat fake nya
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 11:45 AM | Show all posts
saya terbaca review di Utusan Malaysia semlm...itu yg cam berminat nak tgk...

Skrip Kemas, Bersahaja

Oleh SYAZWAN ZAKARIAH
[email protected]

TERMA 'relationship status' begitu sinonim kepada generasi berteknologi hari ini iaitu pengguna laman sosial Facebook.

Pada ruangan informasi, mereka mempunyai pilihan untuk mendedahkan status; sama ada bujang, berkahwin, bercerai atau dibiarkan saja kosong kerana tidak penting untuk dikongsikan.

Filem Relationship Status berkaitan dengan Facebook tetapi bukan mengenai Facebook.

Selaku pengarah dan penulis lakon layar, Khairil M. Bahar mahu bercerita bagaimana rangkaian sosial mengubah landskap sosiobudaya serta pemikiran kita dengan memberi fokus terhadap isu cinta dan perhubungan.

Ini merupakan cubaan kedua Khairil menghasilkan filem cereka selepas Ciplak (2006) yang hanya menelan belanja RM10,000. Diangkat sebagai pemenang Filem Alternatif Terbaik dalam Anugerah Skrin, kejayaan itu menandakan potensi pengarah muda itu.

Relationship Status juga dibikin dengan bajet rendah, cuma menggunakan kamera DSLR dan ditayangkan di pawagam terpilih saja. Meskipun aspek teknikal seperti gerak kamera dan audionya terasa 'mentah' dan memiliki semangat 'indie' yang kuat, Khairil seakan ingin mendekati jiwa arus perdana.

Dengan idea bersalut Hollywood (dan ini bukanlah komen yang buruk), Relationship Status membina karakter enam pasangan yang mewakili golongan kelas sederhana di Kuala Lumpur.

Khairil meminjam struktur penceritaan ensemble seperti dalam Love Actually (2003) atau Valentine's Day (2010) atau jika filem tempatan seperti Cinta (2006) dan Sepi (2008); di mana watak-wataknya mungkin tidak mengenali secara langsung tetapi dihubungkan dengan permasalahan serupa.

Antaranya, tentang Anna yang enggan mengaku mencintai Dave, meskipun kelakuan mereka seperti sepasang kekasih. Apabila Anna mengosongkan ruangan 'relationship status' dalam Facebook, Dave terasa seperti dipermainkan dan dia mahu Anna 'mengumumkan' keintiman mereka kepada khalayak.

Manakala Trisya menuntut cerai apabila mengetahui kecurangan suaminya melalui gambar-gambar yang dimuat naik dan Selina yang cuba untuk tidak menatap Facebook kepunyaan mendiang suami selepas kematiannya.

Ini adalah contoh kisah yang rapat dengan kita, kesan pengaruh laman sosial pada abad ke-21.

Sebagai pengguna Facebook, kita mudah mengaitkan apa yang terjadi dalam filem ini, baik pengalaman peribadi mahupun orang di sekeliling, seperti abang, kakak, adik atau rakan sekerja.

Saya sendiri pernah bercinta dan kecewa menerusi laman sosial malah apabila insan terdekat meninggal dunia, saya juga merasai apa yang dialami Selina - berasa janggal apabila orang tidak henti-henti menulis di dinding Facebook si mati dengan pelbagai doa dan ucapan selamat tinggal.

Kekuatan Relationship Status adalah pada skripnya yang kemas, tajam dan bersahaja. Meskipun terdapat satu-satu babak yang agak panjang, Khairil bijak mengisinya dengan dialog yang tepat, yang mampu menimbulkan simpati, empati dan serta perasaan ingin ambil peduli pada setiap karakter.

Begitupun, saya kurang bersetuju dengan beberapa dialog awal apabila Dave menerangkan apa itu Facebook kepada rakan serumahnya atau apabila teman sepejabat Dave bertanya dalam nada penuh teruja jika dia mempunyai Facebook.

Penerangan atau pertanyaan sebegitu dirasakan kurang relevan kerana pada hari ini, ketika filem ini ditayangkan, Facebook sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat dunia.

Lainlah jika Relationship Status dibikin beberapa tahun terkebelakang, semasa Facebook baru bangkit, serentak kemunculan The Social Network (2010) arahan David Fincher.

Khairil beruntung apabila projek ini disokong barisan pelakon yang tahu untuk menyampaikan emosi secara subtle dan tidak berlebih-lebih. Misalnya, Daphne Iking sebagai Trisya yang menggunakan kata-kata sebagai senjata berbanding air mata. Penonton masih boleh merasai luka di hatinya menerusi pandangan mata.

Babak konfrantasi Trisya dan bekas suami diakhiri dengan lagu latar yang amat serasi malah saya memuji pemilihan muzik untuk keseluruhan filem ini.

Sama halnya dengan Susan Lankester yang bijak memanipulasikan intonasi terutama pada babak ketika dia berinteraksi dengan anaknya menerusi Skype. Getar suaranya mengundang sebak, dalam masa sama mampu ketawa apabila dia bercerita tentang perilaku mendiang suaminya yang obses Facebook.

Relationship Status adalah contoh pembikin filem kita berupaya memberikan naskhah yang universal dengan penceritaan yang baik tanpa modal berjuta-juta. Saya percaya aspek teknikal boleh diperbaiki jika Khairil mempunyai lebih dana tetapi dia masih boleh berbangga dengan apa yang dihasilkan sekarang.

Filem kecil sebegini mampu mengejutkan sekali gus memberi harapan kepada industri sinema tempatan bahawa kita tidak kurang penggiat muda yang berbakat.

Namun untuk strategi pemasaran yang lebih berkesan, Khairil patut belajar untuk membikin treler yang lebih menarik. Sayang sekali bila filem sebaik ini tidak disokong dengan material promosi yang sewajarnya dan memberi keadilan terhadap produk sebenar.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2012 01:10 PM | Show all posts
lama tak tgok susan lancaster
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 03:07 PM | Show all posts
dah abis tayang ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.066387 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list