View: 1909|Reply: 6
|
Mafia jadi 'bank' terbesar
[Copy link]
|
|
ROME 11 Jan. - Kumpulan jenayah terancang mafia muncul sebagai 'bank' terbesar Itali apabila ia menawarkan pinjaman wang kepada beribu-ribu syarikat kecil negara ini, sekali gus meraih keuntungan berkali ganda ketika krisis ekonomi melanda Eropah.
Menurut satu laporan oleh kumpulan anti jenayah, SOS Impresa, kegiatan pinjaman wang haram itu kini dilihat sebagai bantuan 'kecemasan negara'.
Laporan itu menyatakan, kumpulan jenayah terancang tersebut mengaut perolehan kira-kira 140 bilion euro (RM561 bilion) setahun dan keuntungan lebih 100 bilion euro (RM400 bilion).
"Dengan dana kecairan sebanyak 65 bilion euro (RM260 bilion), mafia kini merupakan 'bank' utama Itali," jelas kenyataan daripada kumpulan tersebut yang diwujudkan 10 tahun lalu di Palermo untuk membanteras kegiatan pemerasan terhadap syarikat-syarikat kecil.
Kumpulan jenayah terancang mafia seperti Cosa Nostra dari Sicily, Camorra di Naples atau 'Ndrangheta dari Calabria telah lama mempengaruhi ekonomi Itali, menjana keuntungan bersamaan tujuh peratus daripada keluaran negara.
Menurut laporan itu, kegiatan pinjaman wang haram yang melampau itu telah menjadi sumber kewangan yang mendatangkan keuntungan lumayan kepada kumpulan mafia selain pendapatan daripada perdagangan dadah, penyeludupan senjata, pelacuran, perjudian dan pasaran gelap.
"Kumpulan mafia ini turut bekerjasama secara sulit dengan golongan profesional peringkat tinggi," jelas laporan itu.
Laporan sama turut mendedahkan, kira-kira 200,000 perniagaan kini terjebak dengan pinjaman mafia yang mengakibatkan beribu-ribu pekerja hilang mata pencarian mereka.
Katanya, kegiatan itu semakin menjadi-jadi apabila syarikat kecil memilih untuk meminjam dengan mafia berikutan kesukaran mendapatkan pinjaman daripada bank semasa kemelesetan ekonomi. - REUTERS
|
|
|
|
|
|
|
|
Pekida Samseng Malaysia bila nak tubuh Bank sendrik?? |
|
|
|
|
|
|
|
kalo tak mampu nak langsaikan hutang segala... mau dia hantar orang utk membunuh pemiutang tue |
|
|
|
|
|
|
|
bla plak nak tubuhkan 1 MESIA BANK AHLONG |
|
|
|
|
|
|
|
he,he.....tul tu bila gaknya Bank Ahlong Berhad akan dibuka.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bank AhLong? {:4_502:}
Slama ni bank bukan AH Long ker? Interest on loan. Sama dengan jer.
Bank adalah Ah Long yg diberi tauliah oleh pemerintah. Nama lain bg bank ialah Ah Leng. Kah3 |
|
|
|
|
|
|
|
Bank AhLong?
Slama ni bank bukan AH Long ker? Interest on loan. Sama dengan jer.
Ban ...
muda_nerq Post at 13-1-2012 04:29 PM
kalu xde interest, depa nk dpt untung celah mana. along punya interest melampau2, tu bezanya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|