|
Real, Barca jumpa dalam aksi Piala Sepanyol hari iniMADRID: Real Madrid dan Barcelona meneruskan persaingan bersejarah mereka hari ini apabila dua pasukan itu bertembung dalam perlawanan pertama suku akhir Piala Sepanyol.\rGelanggangnya adalah di Santiago Bernabeu sebelum perlawanan timbal balik di Barcelona Rabu depan dan pertaruhannya adalah kilauan pertama daripada tiga piala yang direbut dua gergasi itu musim ini.\r\n\n\n\n\r Dengan Liga Juara-Juara bersambung bulan depan, dan kedua-dua pasukan berada dalam kelompok 16 terakhir dan masing-masing bersaing sengit di persada La Liga, musim ini menjanjikan pertembungan El Clasico di tiga penjuru.\r\r\n\n\n\n\n Dalam saingan liga hujung minggu, tekanan semakin memuncak dalam kedua-dua kem terbabit. Madrid bangkit daripada ketinggalan sebelum menang 2-1 ke atas Mallorca hasil jaringan Gonzalo Higuain dan Jose Callejon - keputusan yang memberi kusyen lapan mata di depan Barcelona.\rSelang 24 jam, Barcelona pula bergelut selepas dibolosi dua gol Betis di laman sendiri, gol liga pertama merobek gawang kelab Catalan itu di laman sendiri musim ini, sebelum bangkit merakam kemenangan 4-2 dan kembali merapatkan jurang kepada lima mata.\rDisember lalu, Barcelona mengungguli pertembungan di Bernabeu dengan kemenangan 3-1 dalam saingan liga selepas penjaga gol, Victor Valdes memberikan gol seawal minit pertama kepada Madrid kerana kesilapannya.\rCristiano Ronaldo dikritik kerana persembahan hambarnya dalam pertembungan itu dan walaupun menjadi peledak kemenangan pada final Piala Sepanyol antara dua gergasi itu musim lalu, tiga gol daripada 11 pertemuan dengan Barca mencetuskan tanda tanya terhadap pemain sayap Portugal itu.\r\n\n\n\rMenjelang pertemuan hari ini, Ronaldo bagaimanapun menafikan dia mempunyai masalah untuk menembusi gawang musuh ketat Madrid itu. \r“Sebelum perlawanan saya tenang, tekanan tidak memberi kesan kepada saya dan saya tidak lagi merasainya apabila bertemu Barca,” kata Ronaldo. – AFP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|