SEORANG pekerja menggunakan kereta sorong untuk menghantar daging mentah untuk diberikan kepada sejumlah singa di kawasan ibu pejabat agensi Perkhidmatan Hidupan Liar Kenya di Nairobi kelmarin.
NAIROBI - Sejumlah daging mentah disediakan di ibu pejabat agensi Perkhidmatan Hidupan Liar Kenya untuk diberi makan kepada sejumlah singa yang dipelihara di sini. Para pekerja akan mengerat bekalan daging mentah sebelum dihantar dengan menggunakan kereta sorong ke kandang haiwan itu. Agensi Perkhidmatan Hidupan Liar Kenya di sini ditubuhkan menerusi satu akta Parlimen dan menguatkuasakan undang-undang dan peraturan mengenai hidupan liar. - Agensi |