|
Kelantan ledak 3 gol di Alor Setar rampas tahta Liga Super\rJUARA bertahan, Kelantan merampas tangga teratas Liga Super buat julung kali daripada T-Team untuk tempoh sekurang-kurangnya 24 jam selepas berjaya menewaskan Kedah 3-0 di Stadium Darulaman, malam tadi.\r\n\n\n\n\r Jaringan Muhamad Ghaddar, Norshahrul Idlan Talaha dan Dennis Antwi sudah cukup untuk membolehkan Kelantan kini mengumpul 10 mata selepas empat perlawanan, tiga mata mengatasi T-Team yang hanya akan turun bertemu pasukan abang, Terengganu, malam ini.\r\r\n\n\n\n\n Bagi Kedah, kekalahan perit ini bukan saja melihat mereka gagal mencapai sebarang kemenangan selepas empat perlawanan, malah belum menjaringkan sebarang gol selepas 360 minit perlawanan.\rKelantan yang mensia-siakan beberapa peluang pada awal babak permainan berjaya mendahului pada minit ke-35 apabila Ghaddar berjaya menyempurnakan sepakan penalti menewaskan Helmi Eliza Elias selepas pemain pertahanan Kedah, Fauzie Nan menjatuhkan Norshahrul.\rSisa perjuangan Kedah akhirnya lebur pada minit ke-78 apabila Norshahrul yang tidak dikawal merembat masuk gol kedua Kelantan selepas menerima hantaran Antwi.\rPada masa kecederaan, kesilapan ‘bodoh’ Helmi Eliza yang cuba menggelecek Antwi dihukum pemain import dari Ghana itu yang mudah menolak bola ke gawang terbuka untuk gol ketiga Kelantan.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|