CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 0

Tiada kelas!

[Copy link]
Post time 25-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Ramai pemain import nanti masa disingkirkan kerana gagal menyerlah\rSAINGAN Liga-M 2012 baru masuk minggu ketiga, namun beberapa \'awang import\' dijangka mengucapkan selamat tinggal lebih awal menjelang tarikh akhir pendaftaran pemain import baru yang dilanjutkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sehingga 13 Februari ini.\r\n\n\n\n\rIni kerana pembelian yang boleh dianggap berbaloi dan menyerlah setakat ini, hanyalah Michal Kubala (Perak), Jean Emmanuel Effa Owona (Negeri Sembilan), Francis Forkey Doe (Terengganu), Ramez Dayoub (Selangor), Guy Bwele (Sarawak), Marlon Alex James (Tentera) dan Patrick Ronaldinho Wleh (Sime Darby).\r\r\n\n\n\n\nMengetuai senarai untuk ditamatkan kontrak lebih awal kerana prestasi hambar selepas empat perlawanan pastinya dua import Kedah dari Brazil, Danilo Rafael Dos Santos dan Daniel Soares Neves yang gagal menyumbang sebarang gol untuk membantu skuad kendalian Nizam Adzha Yusof itu selepas beraksi 360 minit.\rTurut buntu, penyerang import Perak dari Serbia, Lazar Popovic yang belum meledak sebarang gol sedangkan empat gol skuad kendalian Norizan Bakar setakat ini dihasilkan Akmal Rizal Rakhli (2), Shahrom Kalam dan pemain tengah dari Slovakia, Kubala.\rNasib sama mungkin dialami dua penyerang yang tidak sempat pun diturunkan setakat ini - Lelo Mbele (Selangor) dan Kalle Sone (Sarawak), kerana masing-masing belum pulih daripada kecederaan.\rTiga penyerang lain - Danny Antwi (Kelantan), Zacharia Simukonda (T-Team) dan Nana Yaw (Pahang), biarpun meledak satu gol pada aksi Liga Super dan Liga Perdana setakat ini, masih dianggap tidak memadai dengan status mereka.\r\n\n\n\rKegagalan lapan pemain ini boleh dijadikan pengajaran buat persatuan negeri dan kelab supaya lebih berhati-hati ketika menandatangani pemain import baru menjelang 13 Februari ini atau pada jendela pendaftaran kedua, 2 hingga 16 April depan, supaya tidak menggunakan pendekatan ‘tangkap muat’ bagi mengelak ‘pisang berbuah dua kali’.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.037808 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list