CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 122|Reply: 0

Aktivis Seoul hantar stoking ke Pyongyang

[Copy link]
Post time 29-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SEOUL: Sekumpulan aktivis Korea Selatan semalam melepaskan beberapa belon besar membawa bungkusan stoking ke seberang sempadan untuk penduduk Korea Utara yang kekurangan bekalan kemanusiaan, meskipun beri amaran oleh Pyongyang.Stoking itu boleh dipakai bagi menahan cuaca sejuk, dijual untuk mendapatkan wang atau tukaran mendapatkan bekalan makanan selama sebulan, kata aktivis itu.\n\n\n\n Sebanyak 1,000 pasang stoking diterbangkan lima belon besar dari bandar utara Korea Selatan, Paju. Setiap pasang stoking dilekatkan risalah mengandungi mesej ringkas, kata kumpulan Yayasan Keamanan Korea Utara berpejabat di sini.\n\n\n\n\nKumpulan itu melancarkan kempen menghantar stoking itu sekali sebulan sejak beberapa bulan lalu.“Kami tidak berminat menghantar mesej politik hingga mencetuskan masalah di sana. Apa yang kami mahu penduduk di sana memakai stoking itu untuk melindungi kaki mereka daripada cuaca sejuk,” kata jurucakap kumpulan itu, Sunny Kim.“Stoking   musim sejuk agak sukar didapati di sana tetapi mudah menjadi barang tukaran di Korea Utara. Sepasang stokin boleh dijual untuk mendapat jagung sebanyak 10 kilogram, cukup untuk bekalan selama sebulan,” katanya lagi.Stoking dan banyak lagi barangan keperluan berkurangan di Korea Utara yang banyak membelanjakan wang dan sumber tenaganya bagi membina institusi ketenteraan seramai 1.2 juta berdasarkan  ‘Songun’ bermaksud tentera lebih utama.Aktivis yang kebanyakannya bekas penduduk Korea Utara sering menghantar risalah ke seberang sempadan bagi  mengecam pemerintah dan menggesa rakyat melancarkan pemberontakan seperti yang meletus di Asia Barat dan Afrika Utara, tahun lalu.Kempen itu  mencetuskan kemarahan Pyongyang yang mengancam membedil lokasi pelancaran belon itu.Ketegangan meningkat di Semenanjung Korea selepas kerajaan Seoul mengurangkan penekanan kepada dasar liberal bekas pentadbiran lalu.Seoul juga memberhentikan penghantaran makanan dan baja tahunannya ke Pyongyang meskipun membenarkan kumpulan sivik terus menghantar bekalan kemanusiaan pada kadar lebih sederhana.Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Il meninggal dunia pada 17 Disember lalu dan digantikan anak lelakinya, Jong-Un.Penggantinya juga mengambil sikap memusuhi Seoul selepas menuduhnya tidak menghormati tempoh berkabung Jong-il. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.036651 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list