View: 243|Reply: 0
|
Obama akui pesawat cabul wilayah Pakistan
[Copy link]
|
|
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama kelmarin mengesahkan pesawat kawalan jauh Amerika Syarikat menyerang sasaran Taliban dan al-Qaeda di wilayah Pakistan, operasi yang sehingga kini tidak diiktiraf secara rasmi.\rDitanya mengenai penggunaan pesawat kawalan jauh oleh pentadbirannya dalam perbualan dengan pengguna enjin carian Google dan YouTube, Obama berkata, banyak serangan dilancarkan di Kawasan Puak Ditadbir Kerajaan Persekutuan (FATA).\r\n\n\n\n\r“Dalam banyak kes, ia serangan tepat terhadap al-Qaeda dan sekutunya, dan kami amat berhati-hati mengenai cara ia dilaksanakan.\r\r\n\n\n\n\n“Ini adalah usaha yang difokuskan kepada mereka yang berada dalam senarai pengganas aktif, yang cuba memasuki dan membahayakan Amerika, menyerang kemudahan dan pangkalan Amerika dan sebagainya,” kata Obama.\rSebanyak 64 serangan peluru berpandu Amerika dilaporkan di kawasan puak separuh autonomi di Pakistan tahun lalu, menurun daripada 101 yang dilaporkan pada tahun 2010, menurut kiraan AFP.\rYayasan New America, badan pemikir di Washington menyatakan, serangan pesawat kawalan jauh di Pakistan sejak lapan tahun lalu membunuh sekurang-kurangnya 1,715 orang, dan seramai 2,680.\rMenjelaskan banyak serangan dilancarkan terhadap sasaran al-Qaeda di kawasan yang gagal dimasuki tentera negara berkenaan, Obama mengesahkan sasaran adalah di zon FATA.\r\n\n\n\r“Memang benar, banyak serangan berlaku di FATA, dan disasarkan kepada suspek al-Qaeda yang berkubu di sepanjang sempadan antara Afghanistan dan Pakistan. Bagi mendapatkan mereka, kita mungkin terbabit dalam banyak tindakan ketenteraan lebih agresif berbanding yang sedang kita lalui,” katanya.\rPegawai Amerika berkata, kawasan puak Pakistan memberi perlindungan kepada anggota Taliban yang sudah 10 tahun berperang di Afghanistan dan kumpulan al-Qaeda merancang serangan terhadap Barat, Taliban Pakistan yang kerap mengebom tentera Pakistan dan tentera asing.\rAmerika sehingga kini enggan membincangkan mengenai serangan itu secara terbuka, tetapi program itu meningkat mendadak ketika pentadbiran Obama mahu mengundurkan semua tentera asing dari Afghanistan menjelang akhir 2004.\rOktober lalu, Setiausaha Pertahanan Amerika, Leon Panetta mengesahkan program pesawat kawalan jauh Agensi Perisikan Pusat (CIA) tetapi tidak menyatakan dengan jelas sama ada ia digunakan di Pakistan.\rPesawat kawalan jauh itu dilaporkan membunuh berpuluh-puluh pejuang al-Qaeda dan Taliban serta beratus-ratus anggota bawahan pertubuhan itu sejak 2004.\rBagaimanapun, serangan peluru berpandu menyemarakkan semangat anti-Amerika, terutama di Pakistan sejak serangan udara Amerika membunuh 24 tentera negara itu, November lalu. –AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|