|
Pelakon Azura anggap tak adil peminat banding lakonan dengan Ogy\rNEELOFA terkilan apabila lakonannya dalam Azura (2012) dibandingkan dengan bintang asal filem itu, Fauziah Ahmad Daud (Ogy).\r\n\n\n\n\rBegitupun, bakat baru ini tidak mudah melatah dengan perbandingan berkenaan, serta melihatnya dari sudut positif demi memperbaiki mutu lakonan pada masa depan.\r\r\n\n\n\n\nMenurut pelakon dan pengacara ini, ketika dia menerima tawaran membintangi filem arahan Aziz M Osman itu, dirinya begitu mentah dan langsung tidak mempunyai pengalaman dalam bidang terbabit.\r“Malah, saya mengambil masa sebulan untuk memikirkan mengenai tawaran berkenaan, sebelum bersetuju menerimanya.\r“Ketika menerima tawaran itu, Lofa masih dalam pertandingan Dewi Remaja dan tidak mempunyai sebarang pengalaman. Selepas menang pertandingan itu, mama ada cakap, lambat laun Lofa akan terjebak juga dengan lakonan.\r“Oleh kerana watak ditawarkan itu watak utama, jadi Lofa ambil masa agak lama untuk berfikir. Apatah lagi berlakon dalam filem yang memang dikenali. Jadi tentunya penonton meletakkan harapan tinggi pada filem ini, terutama ke atas pelakon utamanya,” katanya yang senang membahasakan diri sebagai Lofa.\r\n\n\n\rTegas wanita ini, dia sudah pun memberikan persembahan terbaik dalam filem sulungnya itu, walaupun masih berasakan ada kelemahan yang boleh diperbaiki.\rMeskipun ada segelintir peminat yang tidak berpuasa hati dengan mutu lakonannya, yang dianggap kaku berbanding Ogy, Neelofa tetap mengharapkan sokongan positif diberikan terhadap filem itu.\r“Memang ada kekurangan dalam lakonan saya dalam filem itu. Janganlah meletakkan harapan terlalu tinggi dan janganlah dibandingkan lakonan saya dengan orang yang lebih berpengalaman. Masa itu, hendak melakonkan babak sedih pun agak sukar sebab saya masih terlalu baru. \r“Memang tidak adil membandingkan saya dengan Kak Ogy kerana masing-masing ada cara dan bakat lakonan tersendiri. Azura dulu ada pengikutnya sendiri, manakala Azura baru lebih kepada cerita zaman sekarang,” jelasnya. \rKatanya juga, filem garapan Aziz itu mempunyai jalan ceritanya tersendiri dan tidak boleh disamakan dengan Azura (1984) arahan Datuk Deddy M. Borhan.\rNeelofa bagaimanapun memuji gaya pengarahan Aziz, yang sering memberikan tunjuk ajar dalam membantu dirinya menghayati watak dengan berkesan.\r“Sebagai pengarah, dia tahu macam mana nak bentuk pelakon baru seperti Lofa. Malah Lofa senang bekerja dengannya sebab dia banyak membantu Lofa menghayati watak,” katanya.\rPelakon ini juga menolak andaian kontroversi yang dikaitkan dirinya sebelum ini mampu melonjakkan filem terbabit, sebaliknya kekuatan Azura adalah terletak kepada jalan ceritanya.\r“Kalau jalan cerita menarik, orang akan tetap datang menonton. Seperti yang kita tahu, filem Azura memang sudah lama diketahui umum. Jadi, kontroversi bukanlah sebab yang menarik penonton ke panggung. \r“Bagi Lofa, sokongan penonton terutama orang yang pernah membesar dengan filem Azura dulu akan membantu filem ini, kerana jalan ceritanya, walaupun pelakon utamanya berbeza,” katanya yang bakal memulakan penggambaran drama arahan Erma Fatima, Dejavu, bersama-sama Aqasha dan Tiz Zaqyah, pada 8 Februari ini.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|