View: 217|Reply: 0
|
Pelumba remaja sandaran negara di ACC
[Copy link]
|
|
DENGAN saingan lebih sengit dalam kategori elit, sandaran pungutan pingat diletakkan kepada pelumba remaja pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2012 yang akan bermula Rabu ini.\rTimbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF), Datuk Naim Mohamad berkata saingan acara trek ACC 2012 elit yang akan diadakan di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras itu adalah antara yang paling sengit dengan pelumba China sebagai pencabar utama. \r\n\n\n\n\r “Perancangan kita memang mahu Azizulhasni (Awang) mencapai prestasi memuncak di Olimpik nanti kerana walaupun dia berlumba di tempat sendiri, dia sebenarnya lebih sesuai berkayuh di permukaan trek kayu.\r\r\n\n\n\n\n “Peluang pelumba kita masih ada kepada Josiah (Ng) yang akan turun hanya dalam acara keirin dan Fatehah (Mustapa),” katanya mengenai skuad elit yang mengumpul satu emas, satu perak dan empat gangsa pada ACC 2011.\rDengan pencapaian pelumba remaja yang cemerlang pada ACC lalu di Korat dengan satu emas, enam perak dan satu gangsa, Naim berkata kecemerlangan itu diharap dapat diteruskan pada kali ini dengan beberapa nama seperti Lauretta Eva Adrian, Ummi Hamimah Mohamad serta Malek Marcus McCrone menjadi taruhan. \r“Biarpun ramai daripada pelumba remaja tidak menjalani latihan yang cukup kerana baru saja menamatkan Sijili Pelajaran Malaysia (SPM), saya yakin mereka dapat menyamai kutipan pingat tahun lalu atau lebih,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|