CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 171|Reply: 0

Lawak habis!

[Copy link]
Post time 6-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pengalaman bantu Harith tonjolkan komedi memikatLARI daripada kebiasaan namun keunikan itulah yang memancing penonton ke Istana Budaya apabila Lawak Ke? Der yang menonjolkan persembahan stand-up comedy atau komedi pentas membuatkan peminat tidak putus memberikan sokongan sepanjang hari persembahan.\n\n\n\nMalah tidak hairan tiket malam pembukaan pada 3 Februari lalu habis dijual dan rata-rata yang hadir berpuashati menyaksikan persembahan secara langsung Boboi, Osbon, Nabil dan paling menyerlah malam itu - Harith Iskander.\n\n\n\n\nNyata dua dekad pengalaman berlawak secara langsung di pentas membuatkan anak seni berusia 45 tahun itu bijak merencana kronologi kisah yang ingin disajikan, tambahan pula sebahagian besar ialah peminat Raja Lawak (RL), Maharaja Lawak (ML) dan Maharaja Lawak Mega (MLM).    Persembahan Harith yang lebih banyak berbahasa Inggeris bukan penghalang untuknya mendominasi pentas sebaik membuka mulut bercerita mengenai perbezaan era lama dengan kini termasuk menyentuh soal dating, cinta serta lagu.Tawa penonton tidak mampu ditahan mendengar celoteh penghibur berdarah kacukan ini yang sesekali secara sinis mengusik sikap sesetengah individu. Walau ada yang \'terkena\', usikan nakalnya tetap mengundang tawa.Bakal bapa ini juga tidak mampu menyembunyikan rasa teruja untuk menyambut kehadiran bayi sulung Mac ini dengan berkongsi gelagatnya bersama isteri memilih nama buah cinta mereka, namun masih diselit aroma lawak.\n\n\nBoboi yang ditunjangi Afdlin Shauki yang popular dengan karakter Datin Maimon di MLM juga tidak mengecewakan apabila mencuit hati ramai dengan ragamnya dan teman baru, Datin Sadin, dengan bual bicara menyentuh sikap suami, soal bermadu dan tidak ketinggalan kisah bomoh zaman siber.Karektor wanita dengan gaya solekan dan rambut yang berlebih-lebihan saja sudah mampu mengundang tawa, apatah lagi jenaka bersahaja mereka membuatkan penonton pecah perut.Paling istimewa ketika mereka membawakan lagu Ghost Buster yang diubah liriknya kepada cerita pembasmi hantu. Terdahulu pada set pertama, Boboi menampilkan karektor Boboi dan Gegirl berdating menonton pementasan di Istana Budaya.Pentas kemudian menampilkan gandingan Os dan Abon yang mempersembahkan perbualan pemandu teksi dan pegawai imigresen mengenai masalah permit teksi dan PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin), disusuli isu seorang jejaka mahu meminang anak dara orang.Biar apa pun, Boboi serta Osbon membuatkan peminat setia mereka tidak kering gusi. Bukan hanya melihatkan karakter, malah setiap dialog diolah menyentuh situasi semasa.Seperti diluahkan Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani, selepas ini iaitu untuk musim 2013 akan menyusul banyak lagi pementasan komedi yang memberi peluang lebih ramai pelawak beraksi menerusi slot khas, Bila Hati Di Geletek.Lawak Ke, Der? yang turut menonjolkan Nabil sebagai pengacara akan dipentaskan hingga 12 Februari ini.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.059896 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list