View: 193|Reply: 0
|
'BAM pijak di bumi nyata'
[Copy link]
|
|
Emas Olimpik keutamaan, bukan Piala Thomas: Nadzmi\rPOKOK pangkalnya harus kembali juga kepada realiti. Itulah kata-kata Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh menjawab kenyataan keras Tan Sri Elyas Omar – bekas pemimpin badan induk itu pada 1985 hingga 1993 – yang mahu kepemimpinan kini bertanggungjawab andai skuad Piala Thomas negara gagal melepasi pusingan kelayakan di Macau, minggu depan. \r\n\n\n\n\r Mohd Nadzmi berkata, BAM ‘berpijak di dunia nyata’ kerana sedar akan kemampuan barisan pemain yang dihantar kali ini bukan antara kalangan terbaik dan berpegang teguh dengan pendirian asal menjadikan Sukan Olimpik 2012 di London sebagai tumpuan utama. \r\r\n\n\n\n\n “Piala Thomas adalah kejohanan berpasukan dan peluang kita boleh dikatakan tipis. Skuad perseorangan dilihat bergantung kepada (Lee) Chong Wei saja.....peluang pasangan beregu (Koo Kien Keat-Tan Boon Heong) pula tampak ‘goyang’.\r“Semua perlu terima hakikat, pasukan dihantar (Piala Thomas) bukan yang terkuat. Yang penting kita mempunyai peluang di Olimpik yang mana ia adalah temasya sukan terbesar dunia,” katanya semalam. \r“Kami lebih bersifat jujur selain tetap tanggungjawab dengan tugas diberi. Atas sebab itulah fokus utama ialah Sukan Olimpik kerana Chong Wei ada harapan cerah membawa pulang pingat emas seperti diidamkan seluruh rakyat Malaysia.”\rKelmarin, Elyas membidas BAM terhadap kenyataan dikeluarkan Setiausaha Kehormatnya, Ng Chin Chai pada 31 Januari lalu yang menganggap Piala Thomas bukan lagi kejohanan penting dengan lebih memberi tumpuan kepada Sukan Olimpik buat mengharungi kalendar kejohanan tahun ini.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|