View: 262|Reply: 0
|
Ivory Coast, Zambia sedia buat perhitungan
[Copy link]
|
|
LIBREVILLE: Saingan Piala Negara-Negara Afrika 2012 sudah melalui pelbagai siri kejutan namun pasukan pilihan, Ivory Coast kini berharap pertemuan final menentang Zambia akan terus mengikut skrip yang ditulis.\rPasukan dengan jolokan Gajah itu bermula sebagai pilihan pada kejohanan ini dan bersedia untuk membuang segala badi yang dipalit kepada Dider Drogba dan rakan sepasukannya selepas mengharungi kempen mengecewakan pada 2008 dan 2010.\r\n\n\n\n\r Dan Zambia, mara ke final dengan emosi pilu untuk menghadiahkan kemenangan kepada rakan sepasukan mereka dalam tragedi kapal terbang terhempas pada 1993 di Libreville Coast.\r\r\n\n\n\n\n Bukan sekadar perlu berdepan lawan yang mempunyai kedudukan rangking lebih tinggi - 63 tangga di bawah Ivory Coast, namun anak buah Herve Renard juga berdepan tugas untuk menjadi pasukan pertama meledak gawang gol pasukan itu sejak persaingan bermula tiga minggu lalu.\rIvory Coast merakam rekod menakjubkan pada edisi Piala Afrika di Equatorial Guinea/Gabon, bukan sekadar menang dalam kelima-lima perlawanan, malah tidak melepaskan sebarang gol dalam laluan ke final dan meledak sembilan gol manakala Zambia, yang muncul naib juara pada tragedi 1993, melepaskan tiga gol, menang empat perlawanan dan seri sekali.\rDi bawah jurulatih Francois Zahoui, Ivory Coast bagaikan sudah melupakan kritikan dan bersedia untuk membuktikan keputusan adalah lebih penting.\r“Sasaran kami adalah untuk tidak melepaskan sebarang gol. Dengan penyerang yang kami miliki, kami mampu membuat perubahan pada bila-bila masa,” kata penyerang Chelsea, Drogba yang turut diakui rakan sepasukannya, Solomon Kalou yang mengatakan kerjasama pertahanan dan serangan menakjubkan membawa mereka ke final.\r\n\n\n\r“Gol kami datang dari mana saja. Dari Yaya (Toure), Gervais (Gervinho), Didier (Drogba) dan saya... Kami boleh menjaringkan gol pada bila-bila masa dan ia adalah kelebihan kami berbanding pasukan lain dalam kejohanan ini. \rKelmarin, skuad Zambia tiba ke Libreville bagi mengingati tragedi pada 1993 yang terletak 500 meter di pesisir laut Gabon yang dilihat akan menjadi kekuatan tambahan buat pasukan itu,\rHanya seorang pemain terlepas daripada tragedi terburuk bola sepak Afrika itu iaitu Kalusha Bwalya yang berada di Belanda untuk bermain bersama PSV Eindhoven yang menjadi Presiden Persekutuan Bola Sepak Zambia turut hadir memberi penghormatan. - AFP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|