CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 148|Reply: 0

Dengarnya... Ada kes pilih kasih di Istana Budaya?

[Copy link]
Post time 13-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Dengarnya... Ada kes pilih kasih di Istana Budaya?Oleh Normah Becok2012/02/13\n\n\n\n\n\n\n\nCIK Normah sebenarnya bangga apabila industri komedi kita semakin mendapat tempat. Buatlah apa saja program yang membabitkan artis komedi, pasti meletup! Filem kita juga banyak diselitkan dengan kemunculan pelawak untuk memancing perhatian, tidak kiralah dalam genre seram mahu pun romantik.\rCik Normah akui, komedi kembali semarak selepas Astro memperkenalkan program realiti Raja Lawak, diikuti Maharaja Lawak dan Maharaja Lawak Mega. Sejak itu pelawak tanah air yang dulunya ala-ala sudah tidak mendapat tempat di stesen TV, kini kembali bernafas, sekali gus menjana pendapatan. Malah, sebahagiannya siap muncul sebagai nama paling popular.\r\n\n\n\n\r  Apabila Cik Normah baru-baru ini menyaksikan program komedi yang buat julung kali diangkat ke pentas bertaraf antarabangsa, iaitu Lawak Ke? Der, sambutannya sungguh di luar dugaan. Tahniah buat Istana Budaya serta semua yang menjayakannya.\r\r\n\n\n\n\n  Bercerita mengenai pementasan ini, Cik Normah yang berkesempatan menjenguk majlis pengumuman program Istana Budaya 2012 tidak lama dulu tumpang teruja apabila dimaklumkan akan diwujudkan slot Bila Hati Di Geletek, dengan memberi tanggungjawab kepada Global Network Entertaiment (GNE), milik penerbit dan pelakon, Den Wahab.\rPeliknya, tatkala pengumuman susulan dilakukan, alih-alih nama Tall Order Productions milik Hans Isaac pula yang naik. Bukanlah Cik Normah nak berpandangan serong, cuma pelik apabila ia benar-benar direalisasikan, syarikat Harith Iskander, NRG Enterprise, pula yang bekerjasama dengan Istana Budaya.\rMana satu yang betul ni? Ini idea asal siapa, sebab dalam setiap sidang media ada saja perubahan? Apa jadi pula dengan nasib individu yang mula-mula tampil dengan idea berkenaan, siapa lagi kalau bukan Den Wahab? \rKenapa tiba-tiba pihak Istana Budaya membuat pengakuan mereka sudah merancang persembahan genre berkenaan sejak lama dulu, cuma kalendar panggung terbabit sudah penuh.\r\n\n\n\rPihak lain yang mengajukan persoalan itu kepada Cik Normah mengakui bukan tertanya-tanya mengapa Lawak Ke? Der dapat ‘masuk’, cuma kenapa syarikat teman rapat Hans yang juga diketahui sudah dapat empat slot tahun ini berganding bahu dengan Istana Budaya mengendalikan pementasan ini. Walau bukan di bawah Tall Order, orang masih mengaitkannya dengan Hans, apatah lagi dia dipertanggungjawabkan sebagai penasihat produksi.\rCik Normah harap orang kuat Istana Budaya dapat memberi penerangan, bimbang nanti makin ramai orang tersalah sangka. Iyalah, reputasi panggung berprestij itu cukup gah. Kita tak mahu nanti ada pihak ambil kesempatan, nama Istana Budaya pula yang tercalar. Mana taknya, terkial-kial produksi lain menghantar kertas cadangan, tapi masih tak sangkut-sangkut.\rTak naklah nanti orang kata, Istana Budaya tu hanya untuk sesetengah orang atau produksi saja.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.318902 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list