View: 185|Reply: 0
|
Clarke laung amaran pesaing acara pecut 60m
[Copy link]
|
|
LIEVIN (Perancis): Pelari Jamaica, Lerone Clarke melaungkan amaran kepada pesaingnya menjelang Kejohanan Olahraga Dunia dalam dewan bulan depan apabila merakam masa terpantas acara 60 meter, kelmarin.\rJuara Sukan Komanwel berusia 30 tahun itu merakam 6.5 saat untuk menewaskan juara 100m Eropah, Christophe Lemaitre (6.57s) dari Perancis, sekali gus memperbaiki catatan terbaik peribadinya.\r\n\n\n\n\r Lemaitre sebaliknya gagal menyamai catatan terbaiknya 6.55s pada penampilan pertamanya musim ini.\r\r\n\n\n\n\n Rakan senegaranya, Romain Mesnil menempah tiket ke kejuaraan dalam dewan di Istanbul (9-11 Mac) apabila melakukan lompatan setinggi 5.72 meter dalam acara lompat bergalah untuk melepasi had kelayakan.\rIa bagaimanapun belum cukup bagus buat atlit 34 tahun itu memenangi acara berkenaan yang menjadi milik atlit Jerman, Raphael Holzdeppe selepas melakukan lompatan dengan ketinggian sama tetapi pada bilangan percubaan lebih kurang.\rAcara lompat bergalah wanita dimenangi bintang Russia, Yelena Isinbayeva yang melakukan lompatan setinggi 4.81m, tetapi gagal tiga kali ketika cuba melepasi ketinggian 4.91m.\rCatatan dunia terbaik lain musim ini dirakam atlit Maghribi, Malicka Akkaoui dan Adam Kszczot dari Poland dalam acara 800m wanita dan lelaki dengan masa 1 minit 59.01 saat dan 1:44.57s.\r\n\n\n\rAbdalaati Iguider dari Maghribi merakam masa terpantas tahun ini dalam acara 1500m lelaki dengan masa 3:34.10s. – AFP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|