CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 124|Reply: 0

357 terbunuh penjara terbakar

[Copy link]
Post time 16-2-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
TEGUCIGALPA: Sekurang-kurangnya 357 banduan maut di Honduras semalam selepas terperangkap dalam satu kebakaran di penjara tempat mereka.\rKetua khidmat forensik, Lucy Marder berkata, banduan berkenaan berada dalam senarai tahanan penjara hilang daripada 852 yang ditahan di situ.\r\n\n\n\n\r   “Kebanyakannya mungkin mati manakala orang lain melarikan diri atau mungkin selamat,” katanya. Kebakaran bermula pada malam kelmarin di penjara Comayagua, sebuah bandar  140 kilometer ke utara ibu negara, Tegucigalpa.\r\r\n\n\n\n\n    Marder berkata, pihaknya memerlukan sekurang-kurangnya tiga bulan untuk mengenal pasti mangsa kerana kebanyakan mereka terbakar teruk hingga sukar dikenali dan ujian DNA diperlukan.\rJurucakap jabatan bomba Comayagua, Josue Garcia berkata, beliau menyaksikan keadaan ‘ngeri’ ketika cuba untuk memadamkan api apabila kebanyakan tahanan merusuh dalam cubaan menyelamatkan diri.\rDia berkata, 100 banduan terbakar hingga rentung atau sesak nafas menyebabkan mereka maut di bilik tahanan.\r“Kita tidak dapat bawa mereka keluar kerana kami tidak mempunyai kunci dan tidak dapat cari pengawal yang memiliki kunci berkenaan,” kata Garcia. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.032190 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list