|
TOKYO: Mangsa yang terselamat dalam gempa bumi dan tsunami dahsyat di Jepun Mac lalu kini mempunyai senjata terbaru dalam usaha mereka menghadapi kemurungan, robot anjing laut yang boleh bertindak kepada sentuhan manusia.\rRobot berteknologi tinggi itu menjadi penawar hati kepada penduduk rumah sementara di bandar pelabuhan Kesennuma, kawasan paling teruk terjejas dalam bencana yang membunuh 19,000 orang.\r\n\n\n\n\rDinamakan Paro, robot itu ditawarkan kepada penduduk yang kehilangan tempat tinggal dan menarik perhatian dengan bunyi bising dan sirip yang bergerak sirip apabila disentuh manusia.\r\r\n\n\n\n\n“Ia sangat comel. Ia berbunyi apabila saya menggosoknya. Disebabkan tsunami, tidak banyak tinggal permainan yang tinggal untuk kami main,” kata Kosei Oyama, 10.\rTsuyako Kumagai, suri rumah berusia 47 tahun, berkata rakannya di stadium besbol yang dijadikan rumah sementara itu gembira dengan kehadiran Paro sebagai pengganti kepada haiwan peliharaan yang dihanyutkan tsunami.\r“Ramai jiran saya tidak mahu memiliki haiwan peliharaan baru kerana mereka tidak mahu mengingatinya. Bagi mereka, haiwan peliharaan adalah sebahagian keluarga,” katanya.\rBagi ramai mangsa, keadaan semakin baik berbanding sebelum ini tetapi masih jauh daripada sempurna.\r\n\n\n\r“Saya kehilangan apa yang saya bina dalam hidup,” kata Hiroshi Onodera, 51, yang kematian anak saudara dan kehilangan rumah dalam bencana itu.\rOnodera kini tinggal dengan ibunya di rumah sementara dan berasa terpencil daripada masyarakat.\r“Ketika berada dalam khemah perlindungan, ramai yang tinggal bersama tetapi sejak berpindah ke rumah sementara, kami terpisah dan berdepan masa sukar. \r“Jadi, seronok memiliki tempat seperti ini supaya kami boleh sembuh secara mental,” katanya merujuk kepada bangunan komuniti yang menempatkan Paro untuk pinjaman jangka panjang.\rRobot yang dilengkapi dengan penapis audio, sudah digunakan di hospital dan rumah kebajikan sebagai bantuan terapeutik bagi warga emas yang berdepan masalah kemurungan atau nyanyuk.\rPenganjur skim turut menawarkan bantuan lain kepada mangsa bencana termasuk robot senaman dan prototaip memicit kepala berteknologi tinggi malah menugaskan android di meja penyambut tetamu.\r“Penting bagi penduduk untuk mengekalkan komunikasi,” kata Kazuhiro Kojima, penyelidik di Industri Lanjutan Sains dan Teknologi, institusi penyelidikan umum yang menghasilkan Paro.\rPeningkatan mendadak bilangan penduduk yang menderita kemurungan dan masalah kesihatan mental direkodkan berikutan gempa bumi Kobe pada tahun 1995, dengan kehilangan rumah dikenal pasti kunci utama kesengsaraan. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|