CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 118|Reply: 0

Britain simpan data panggilan

[Copy link]
Post time 21-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Rancangan antikeganasan arah pengendali telekomunikasi pantau maklumat\rLONDON: Kerajaan Britain merancang untuk menyimpan semua maklumat membabitkan setiap panggilan telefon, teks mesej, e-mel dan juga laman web yang dilawati di internet sebagai sebahagian daripada rancangan baru antikeganasan negara itu, kata satu laporan.\r\n\n\n\n\rDi bawah peraturan baru antikeganasan itu, syarikat talian dan telefon bimbit serta pengendali jalur lebar diarahkan menyimpan semua data selama setahun dan perlu diberikan sekiranya diminta pihak keselamatan negara terbabit.\r\r\n\n\n\n\n   Pangkalan data itu bagaimanapun tidak merakamkan kandungan panggilan, teks atau e-mel tetapi nombor atau alamat e-mel mereka yang menghantar atau menerima, lapor The Telegraph.\r“Ini kali pertama pihak pasukan keselamatan di negara ini akan mendapat akses semua maklumat mengenai mereka yang terbabit dalam komunikasi termasuk rangkaian sosial lain seperti Facebook,” kata laporan itu.\rMesej terus antara pelanggan ke halaman  web seperti Twitter juga akan disimpan, selain komunikasi antara pemain dalam permainan video di internet, kata laporan berkenaan.\rRancangan itu dirangka atas nasihat M15, perkhidmatan keselamatan dalam negara M16 yang beroperasi di luar negara dan GCHQ, yang bertanggungjawab memantau komunikasi di negara itu.\r\n\n\n\rDi bawah skim berkenaan, perkhidmatan keselamatan akan diberikan ‘masa sebenar’ akses ke telefon dan rekod internet membabitkan pelanggan yang akan dipantau, selain keupayaan untuk merangka semula pergerakan mereka melalui maklumat yang tersimpan dalam pangkalan data.\rBerdasarkan laporan itu, langkah  berkenaan pastinya akan mengundang kontroversi di kalangan liberal awam tetapi turut menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan rakaman.\rAkses terhadap maklumat seperti itu akan memberi laluan mudah kepada penggondam dan boleh digunakan untuk menghantar e-mel atau teks spam.\rMalah maklumat halaman web yang dilawati pengguna juga boleh dieksploitasi untuk tujuan komersial. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.512578 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list