CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 99|Reply: 0

Panglima siasat pangkalan udara

[Copy link]
Post time 22-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
2,000 penduduk Afghanistan bantah pembakaran kitab suci al-Quran\rKABUL: Panglima tentera antarabangsa Amerika Syarikat di Afghanistan semalam mengarahkan satu siasatan terhadap kerja pelupusan sejumlah besar bahan bacaan Islam termasuk al-Quran di sebuah kem pangkalan udara  di utara Kabul.\r\n\n\n\n\r   Polis berkata lebih 2,000 penduduk Afghanistan yang marah melancarkan demonstrasi bagi membantah apa yang disifatkan mereka sebagai pembakaran kitab suci umat Islam.\r\r\n\n\n\n\n   Penunjuk perasaan berkenaan melaungkan kata-kata “Mati, mati rakyat asing!” Mereka mula berhimpun pada waktu pagi selepas mengetahui insiden yang berlaku di Bagram Air Field.\rSementara itu  panglima tertinggi Amerika Syarikat yang juga mengetuai tentera NATO di Afghanistan Jeneral John Allen, mengarahkan siasatan terhadap apa yang disifatkan beliau sebagai perbuatan tidak sengaja memusnahkan kitab suci Islam.\r“Kami melakukan siasatan terperinci mengenai insiden itu dan mengambil langkah untuk memastikan bahawa perkara ini tidak akan berlaku lagi,” katanya dalam satu kenyataan.\r“Saya jamin kepada anda, saya berjanji ini bukan disengajakan.”\r\n\n\n\rAllen berkata beliau menerima satu laporan pada waktu tengah malam bahawa mereka yang bekerja bagi pakatan tentera memusnahkan bahan agama yang tidak sepatutnya dilakukan. Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut.\r“Apabila kami mengetahui tindakan ini, kami segera campur tangan untuk menghentikan mereka,” kata Allen. “Bahan yang ditemui akan diserahkan kepada pihak berkuasa agama berkenaan.”\rAhmad Kabir, ketua daerah Bagram wilayah Parwan di mana pangkalan itu ditempatkan berkata bahawa penunjuk perasaan itu adalah semua mereka yang bekerja di dalam pangkalan itu dan ada di antara mereka mendakwa melihat helaian sebuah Al-Quran dibakar di dalam pangkalan itu.\r“Saya melihatnya sendiri dan kami bercakap kepada mereka dan menyiasat untuk melihat sekiranya ia adalah benar,” kata Kabir. “Penunjuk perasaan itu cemas berikutan dakwaan kitab suci berkenaan dibakar.”\rKabir menggesa supaya semua pihak bertenang.\r“Kami akan menyiasat dan kami akan meminta semua pihak untuk bertenang,” katanya sambil menambah bahawa insiden itu akan disiasat oleh penduduk tempatan Afghanistan dan pegawai polis serta majlis wilayah setempat. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 12:57 AM GMT+8 , Processed in 0.239909 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list