|
BUAT pertama kali sejak 1996, England berdepan kemungkinan tanpa wakil dalam saingan suku akhir kancah Liga Juara-Juara Eropah.\rKelmarin, Chelsea kecundang kepada Napoli 3-1 di gelanggang lawan dan Arsenal berdepan ranjau besar mengatasi defisit kekalahan 4-0 kepada AC Milan, bulan depan.\r\n\n\n\n\rApa pun, Chelsea masih ruang untuk mengalih keputusan memihak kepada mereka apabila berdepan lawan dari Itali itu di Stamford Bridge pada 14 Mac ini dengan gol dari gelanggang lawan.\r\r\n\n\n\n\nHanya tiga pasukan berjaya menterbalikkan defisit dua gol sejak format Liga Juara-Juara diperkenalkan 20 tahun lalu dan Villas-Boas mahu Chelsea menjadi pasukan keempat mencapainya.\rBicara hangat sama ada Andre Villas-Boas akan kekal selaku pengurus pasukan apabila menentang Napoli kelak juga memuncak ketika ini. “Spekulasi akan berterusan dengan keputusan seperti ini. Kita harus menyelesaikan masalah bahagian benteng,” kata pengendali berusia 34 tahun itu.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|