CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 191|Reply: 0

Guardini terus cemerlang

[Copy link]
Post time 28-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Juarai saingan  Peringkat 4, hampiri rekod 9 peringkat Graeme BrownRAJA pecut pasukan Farnese-Vini dari Itali, Andrea Guardini melakar kejayaan peringkat Le Tour de Langkawi (LTdL) kelapan buat dirinya, sekali gus menghampiri satu angka lagi untuk menyamai rekod kemenangan peringkat terbanyak yang dipegang pelumba Australia, Graeme Brown.Jika Brown yang mewakili Panaria sebelum ini merakamkan sembilan kemenangan sepanjang LTdL, Guardini yang memenangi lima peringkat perlumbaan LTdL 2011, menambah tiga lagi koleksi kejuaraan apabila menjuarai Peringkat 4 dari Batu Pahat ke Muar, semalam.\n\n\n\n   Saya bukan saja datang ke sini untuk menang, tetapi juga untuk menang besar. \n\n\n\n\n   Apapun, saya tidak meletakkan sasaran dan menempuhnya satu peringkat demi satu peringkat. Sehingga kini, pasukan kami bekerja dengan sempurna, kata pelumba 22 tahun itu.Peringkat 4 sejauh 169.4 kilometer semalam, sekali lagi menyaksikan kehebatan henjutan Guardini apabila mendahului henjutan penamat dalam kelompok besar, diikuti pelumba United Healthcare, Jacobe Keough dan Mohd Harrif Salleh daripada Terengganu Cycling Team yang semuanya merakam 3 jam 57 minit dan 11 saat.Pasukan saya bekerja keras pada satu kilometer terakhir, dengan bantuan pasukan Astana untuk menangkap kelompok depan (Louis Crosby, Shinichi Fukushima, Rhys Pollock, Kevin Reza) sebelum saya mula melakukan pecutan daripada 300 meter menuju penamat, katanya yang terus mengukuhkan cengkaman jersi biru Raja Pecut dengan 45 mata.Penyarung jersi kuning masih milik David Zabriskie daripada Garmin-Barracuda, Raja Bukit (jersi merah) Floris Goesinnen (Drapac Cycling) dan pelumba terbaik Asia (jersi putih), Dmitriy Gruzdev tidak bertukar tangan sejak Peringkat 1.\n\n\nPerlumbaan Peringkat 5 sejauh 190km dari Ayer Keroh, Melaka ke Pandan Indah hari ini berkemungkinan menyaksikan perubahan pemenang jersi dengan jangkaan peloton akan berpecah memandangkan tiga zon pendakian sukar di Bukit Tangga, Genting Perez dan Bukit Tinjau.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.052755 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list