View: 182|Reply: 0
|
Villas-Boas mula hitung hari
[Copy link]
|
|
LONDON: Andre Villas-Boas kini tidak pasti sama ada dia masih mendapat sokongan pemilik Chelsea, Roman Abramovich dan bimbang dirinya turut akan dipecat, sama seperti dialami pengurus sebelum ini, Carlo Ancelotti pada Mei tahun lalu.\rKami kini berada pada detik sama seperti tahun lalu. Ia seperti skrip yang berulang. Saya rasa sudah mendapat keyakinan Abramovich tetapi tingkah lakunya sebelum ini membawa kepada pemecatan pengurus, sama ada dalam situasi sama atau situasi lebih baik.\r\n\n\n\n\r Apa reaksinya? Ia akan menjadi salah satu daripada dua iaitu kesinambungan projek dan sokongan penuh atau hanya corak budaya yang berlaku seperti sebelum ini. Itu yang kita tak tahu, kata Villas-Boas.\r\r\n\n\n\n\n Pengendali dari Portugal itu menjadi tumpuan berikutan kemerosotan prestasi Chelsea sejak akhir-akhir ini serta laporan media berhubung keretakan hubungannya dengan beberapa pemain senior The Blues.\rDitanya adakah dia berminat untuk kembali ke Porto, kelab yang dibawanya menjuarai tiga piala Liga Portugal, Piala Portugal dan Liga Europa musim lalu Villas-Boas berkata, dia masih mahu memberi sepenuh tumpuan terhadap Chelsea buat masa ini.\rSaya masih penuh motivasi melakukan apa yang sedang saya lakukan ketika ini dan tidak sesekali menimbang untuk kembali ke Porto kerana saya terbabit secara langsung dengan apa yang dilakukan kini, jelasnya.\rKemenangan 3-0 ke atas Bolton Sabtu lalu adalah kejayaan pertama Chelsea dalam enam aksi terakhir dalam semua kejohanan. Reuters
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|