CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 315|Reply: 0

Yang mana satu?

[Copy link]
Post time 6-3-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Yang mana satu?2012/03/06\n\n\n\n\n\n\n\n\n\nAbramovich cari pengganti selamatkan kempen Chelsea selepas pecat AVBDALAM diam-diam, pemilik Chelsea Roman Abramovich mungkin sudah berdamai dengan Jose Mourinho dan bekas bos The Blues itu menjadi antara calon untuk mengambil alih tugas pengendali di Stamford Bridge musim depan susulan pemecatan Andre Villas-Boas.\n\n\n\n   Abramovich memecat Villas-Boas Ahad lalu, kurang 24 jam selepas kekalahan memalukan 1-0 di West Bromwich Albion yang sekali gus terus meletakkan Chelsea di tangga kelima saingan Liga Perdana.\n\n\n\n\n   Buat sementara, bekas pemain tengah Roberto Di Matteo yang menjadi pembantu Villas-Boas, dinamakan sebagai pengurus sementara sehingga hujung musim untuk cuba mengelak malapetaka memalukan tersingkir pada pusingan kelima Piala FA apabila menentang kelab Liga Kejuaraan, Birmingham dalam tugasan pertamanya, hari ini.Selepas itu, pengurus Itali itu akan memberi tumpuan untuk mengemudi Chelsea berada dalam kelompok empat teratas liga bagi menjamin tempat dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan - atau mungkin cuba bangkit menebus kekalahan 3-1 kepada Napoli dalam perlawanan 16 terakhir Liga Juara-Juara.Namun spekulasi yang lebih hangat diperkatakan masa kini berkisar terhadap sasaran Abramovich untuk mencari pengurus kelapan dalam tempoh lapan tahun sebagai pemilik kelab London barat itu.Sejak membeli Chelsea pada 2003, Abramovich menyingkirkan Claudio Ranieri, Mourinho, Avram Grant, Luiz Felipe Scolari, Carlo Ancelotti dan Villas-Boas dan nama yang kian disebut-sebut kini ialah Mourinho, bekas pengurus Liverpool Rafael Benitez dan pengurus Barcelona, Pep Guardiola, selain bekas pengurus England, Fabio Capello. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.204873 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list