|
LONDON: ‘Perjudian’ jangka pendek Chelsea ke atas Andre Villas-Boas boleh bertukar kepada kerugian AS$100 juta (RM300 juta) kepada pemiliknya, Roman Abramovich.\rVillas-Boas dipecat Ahad lalu selepas lapan bulan mengendalikan pasukan – pengurus ketujuh yang datang dan pergi dalam tempoh sembilan tahun – sekali gus membawa kepada kritikan betapa tugas di Chelsea menjadi antara yang tidak stabil dalam bola sepak dunia.\r\n\n\n\n\r Seperti Villas-Boas, Luiz Felipe Scolari juga gagal melengkapkan kontrak penuh di Chelsea tiga tahun lalu apabila dipecat di tengah-tengah tuntutan pergolakan yang dicetuskan pemain dan jurulatih kelahiran Brazil itu memberi amaran: “Ia akan menjadi neraka kepada sesiapa yang menggantikannya”.\r\r\n\n\n\n\n Malah, Persatuan Pengurus-Pengurus Liga England memberi amaran kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi pengurus seterusnya supaya berhati-hati.\r“Apa yang pasti di kelab itu, di sebalik kekayaan tanpa had, masih gagal membentuk menjadi kelab bola sepak yang berjaya,” kata Ketua Eksekutif LMA, Richard Bevan kepada BBC.\r“Mencari pengurus kesembilan dalam tempoh sembilan tahun adalah sesuatu yang memalukan kepada pemilik, kelab, peminat dan liga.”\rWalaupun hanya dua tahun terbabit dalam pengurusan, Villas-Boas dibawa ke London untuk menggantikan Carlo Ancelotti pada Jun selepas membantu FC Porto meraih beberapa kejuaraan termasuk Liga Europa. – AP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|