View: 400|Reply: 0
|
Jawablah!: Sejak awal tak percaya Keno
[Copy link]
|
|
Fauzi sekadar ingatkan, bukan ugut pengurus produksiSEJAK awal lagi pelakon Fauzi Nawawi tidak pernah meletakkan sepenuh kepercayaan terhadap Pengurus Keno Productions, Megat Mohd Noor Salleh Ghani atau Keno, terutama dalam hal membabitkan kewangan. Menurut suami pelakon Lisdawati ini, perasaan itu timbul selepas mendapat tahu Keno masih berhutang dengan pelakon teater Seri Mersing 1 dan 2, yang pernah diterbitkannya sebelum ini.\n\n\n\nNamun, kerana tidak mahu usahanya berlatih dan menghayati watak Taruna bagi pementasan teater Se-Merah Padi sia-sia, Fauzi terpaksa juga meminjamkan wang kepada Keno yang berada dalam keadaan sangat terdesak ketika itu.\n\n\n\n\nPinjaman itu antara lain meletakkan syarat yang Keno dikehendaki membayar kembali hutang itu dalam tempoh dua minggu, memandangkan wang berjumlah RM28,000 itu milik rakan kongsi Fauzi, seorang warga Iran.Bagaimanapun janji hanya tinggal janji. Selepas dua bulan berusaha menghubungi Keno yang tiba-tiba mendiamkan diri, akhirnya Fauzi hilang sabar sehinggalah tersiar berita mendakwa dia bertindak kasar terhadap pengurus produksi syarikat terbabit, seperti yang tersiar di media Khamis lalu.Hip mendapatkan penjelasan Fauzi berhubung kontroversi itu.Hip: Apa sebenarnya yang berlaku antara Fauzi dan juga Keno?\n\n\nFauzi: Beberapa hari sebelum pementasan teater Se-Merah Padi berlangsung, Keno berada dalam keadaan terdesak apabila kru produksi mogok kerana hasil kerja mereka tidak mendapat bayaran. Bimbang keadaan menjadi kucar-kacir serta tidak mahu usaha saya selama sebulan berlatih untuk teater itu sia-sia, saya pun meminjamkan wang sebanyak RM28,000 kepada Keno. Tapi itu bukanlah wang saya, sebaliknya saya pinjam daripada rakan perniagaan saya, seorang warga Iran. Tindakan itu saya anggap seperti menyerahkan leher saya untuk digantung, apabila membuat pinjaman itu. Namun atas sebab saya sebutkan tadi, saya rela. Janji Keno berserta surat hitam putih, wang itu akan dipulangkan kembali dalam tempoh dua minggu selepas itu. Namun disebabkan saya sibuk dengan pelbagai aktiviti, tempoh itu berlanjutan hingga memasuki bulan kedua. Saya cuba menghubunginya, namun panggilan yang dibuat tidak berjawab. Mesej yang dihantar juga tidak berbalas.Hip: Adakah itu yang menyebabkan Fauzi hilang sabar hingga berlaku kejadian ugut-mengugut?Fauzi: Tiada ugutan yang berlaku dalam hal ini dan saya masih lagi waras serta masih boleh berfikir sebelum melakukan perkara bodoh seperti itu. Apa yang berlaku, selepas gagal mendapatkan Keno, saya cuba mencari pengurus produksi teater berkenaan. Saya pergi ke rumahnya, malangnya dia tiada di situ. Yang ada di rumah ketika itu ialah kedua-dua orang tuanya. Saya masih ingat lagi perbualan kami waktu itu. Saya hanya mengingatkan supaya hutang itu segera dijelaskan kerana tidak mahu perkara yang buruk berlaku seandainya rakan kongsi saya sendiri yang berjumpa mereka. Tidak mustahil rakan kongsi saya itu akan bertindak kasar seperti merampas kereta miliknya. Saya sekadar mengingatkan dan bukannya mahu mengugut akan melakukan perkara itu semua. Kalau benar dia mendakwa saya mengugutnya, silalah bawa perkara ini ke mahkamah. Saya tidak gentar kerana saya tahu saya di pihak benar. Hip: Jadi apa kesudahan perihal cerita hutang ini?Fauzi: Hutang peribadi dia dengan saya, iaitu duit lakonan masih ada berbaki RM14,000. Dia berjanji melunaskan semua hutang itu pada 15 Mac ini. Manakala wang pinjaman RM28,000 itu, saya baca di akhbar, katanya dia sudah menjelaskannya. Tapi maklumat yang saya dapat, dia bukanlah menjelaskan secara tunai tetapi menggunakan post dated cheque. Saya hairan, kenapa perlu menggunakan cek tertunda sedangkan dia pernah menunjukkan saya sekeping cek berjumlah RM30,000 pemberian penaja. Ke mana wang itu pergi?Hip: Serik dengan apa yang berlaku?Fauzi: Jujurnya saya memang tidak percaya dengan Keno sejak awal lagi. Sebelum ini pun dia pernah membuat perkara yang sama, iaitu berhutang dengan pelakon dan kru yang terbabit dengan pementasan teater Seri Mersing 1 dan 2. Tapi atas sebab saya sebutkan tadi, saya terpaksa juga membantunya. Disebabkan dirinya yang sukar dihubungi dan tidak menjelaskan hutang dalam tempoh ditetapkan, hubungan saya dengan rakan kongsi saya terjejas. Saya malu kerana disebabkan insiden itu, bangsa Melayu yang lain mendapat nama buruk dan dilabel tidak menepati janji. Selepas ini, jangan haraplah untuk saya bekerjasama dengan produksi seperti ini. Saya percaya selepas ini akan ada lebih ramai pihak tampil ke depan untuk menuntut hak mereka. Kita tunggu dan lihat saja nanti.Hip: Nampaknya watak jahat yang sering diberikan pada Fauzi membawa tuah apabila tersenarai sebagai finalis kategori Pelakon TV Lelaki Popular ABPBH2011. Komen sikit!Fauzi: Terus terang, saya memang terkejut dan tidak percaya apabila dimaklumkan saya tersenarai sebagai finalis. Hanya selepas isteri meyakinkan saya, barulah saya percaya. Saya anggap pencalonan ini sebagai rezeki. Peminat sekarang nampaknya tidak melihat status sebagai keutamaan untuk meminati seseorang artis. Apa yang penting, hasil kerja mereka haruslah berkualiti. Walaupun saya banyak memegang watak jahat, tapi jika kita buat kerja kita dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, saya percaya orang akan menghargai usaha kita itu.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|