CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1784|Reply: 7

Saintis klonkan anak kambing Kashmir

[Copy link]
Post time 28-3-2012 06:19 PM | Show all posts |Read mode

SEORANG pekerja memegang seekor anak kambing yang berjaya diklonkan di Universiti Sher-i-Kashmir di Alastang, India kelmarin.



SRINAGAR, India - Sekumpulan saintis di wilayah Kashmir yang dikuasai India telah mengklonkan seekor anak kambing Kashmir dengan tujuan untuk meningkatkan bilangan haiwan yang sukar ditemui itu.
Kambing Kashmir hidup di beberapa bahagian Banjaran Himalaya dan dataran Tibet.
Bulu kambing itu yang dinamakan bulu pashmina digunakan untuk membuat baju panas Kashmir.
Mengulas tentang kejayaan projek tersebut, seorang saintis, Riaz Ahmad Shah berkata, klon seekor anak kambing Kashmir betina yang lahir pada 9 Mac lalu itu akan membolehkan program pembiakan kambing berkenaan dilakukan di beberapa kawasan lain di Banjaran Himalaya bagi tujuan komersial.
Menurutnya, klon anak kambing betina itu dinamakan Noori yang bermaksud cahaya.
Pasukan saintis yang diketuai oleh Riaz di Universiti Sher-i-Kashmir mengambil masa selama dua tahun untuk menghasilkan klon kambing tersebut. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2012 01:01 AM | Show all posts
cicit dolly
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 01:04 AM | Show all posts
macam pelik je muka dia
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 08:43 AM | Show all posts
haah..part muke tu lain mcm..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 10:07 PM | Show all posts
ingatkan klon ni dah diharamkan
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 10:11 PM | Show all posts
klon ni apa? anak kambing ni beranak dari ibu kambing ker?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2012 04:20 PM | Show all posts
bagusnya. sedangkan buat molecular cloning pun kena troubleshoot selalu, ni kan pulak seekor kambing
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2012 11:23 PM | Show all posts
pelikkk la kambingnyee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.237731 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list