Sinopsis Drama Komedi Paan Paiz TV3-Lakonan Zalif & Zahiril
Mengisahkan Paan dan Paiz berkawan baik sejak kanak-kanak. Hubungan mereka berdua sangat erat dan jarang berenggang walaupun sudah meningkat dewasa. Paan seorang yang malas, loyar buruk dan suka menjawab. Berlainan pula kawan baiknya, Paiz seorang yang kacak, bergaya dan rajin.
Paiz memulakan kerjayanya sebagai arkitek tetapi Paan masih tidak mempunyai pekerjaa tetap. Mereka tinggal bersama dan sering melakukan aktiviti bersama pada waktu lapang. Paan terkejut apabila Paiz bercadang untuk berkahwin. Paan turut menjadi marah kerana Paiz berahsia dengannya. Siapakah bakal isteri Paiz itu?
Paan mula menyiasat. Satu kejutan demi satu kejutan berlaku dan kejutan akhir adalah yang paling mengejutkan Paan. Dia tidak menyanka bahawa wanita yang akan merampas kawan baiknya ialah adik perempuannya sendiri, Dira.
Bimbang akan kehilangan kawan karibnya selepas Paan berumah tangga, Paan yang besifat keanak-anakan itu sengaja menimbulkan pelbagai masalah walaupun Paiz bakal memperisterikan adiknya. Dira mula rimas dengan sikap abangnya yang asyik memerap di rumah tanpa membuat apa-apa. Paiz dan Paan asyik bersama dengn aktiviti harian mereka dan jarang meluangkan masa bersama Dira.
Bagi mendapatkan kembali suaminya, Dira telah mengikut nasihat Kak Leha untuk mencari jodoh untuk Paan dengan harapan Paan cepat kahwin dan pindah dari rumah mereka. Apakah rancangan Dira akan berhasil?
Drama komedi terbaru berjudul Paan Paiz ini diterbitkan Radius One Sdn. Bhd. menampilkan barisan pelakon yang semakin meningkat naik, Zalif Sidek dan Zahiril Adzim, selain Sari Yanti, Noryati Taib dan Razak Ahmad.
Bakal bersiaran selama 13 episod, jangan ketinggalan menyaksikan buah tangan terbaru daripada pengarah berbakat besar, Shahrulezad Mohd mulai 11 April ini, setiap Rabu jam 10 malam menerusi TV3.
ok je si SY ni berlakun...lg ni citer komedikan
ok la tu dua2 pn dah kawin ...sesuai
cuma si sari tu jgn la pkai baju ketat sgt
x sesuai ngan body dia yg dari lari tune tu...
lawak seh citer ni...gelak2 aku layan td kt tonton time rehat
suka sumer pelakon dia...bsahaja je
tp nape bedak si Dira tu gomak sgt...cm opera cina dah aku tgk
episod kali ni kelakar sgt...xbahak2 aku ketawa sorg2kat opis
semua pelakun bersahaja je belakun...best
si paiz x pndai bawa motr..jtuh dlm longkang
si paiz ngan dira ok jd laki bini x ober sgt
klau aku ada abg cam paan tu dh lama aku halau dia kuar...hehehe
sibuk dok bkepit ngan paiz jer