|
sumber: http://ondscene.my/isuanalisis/2-produk-sendayu-tinggi-dirampas-mengandungi-sibutramine?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=2-produk-sendayu-tinggi-dirampas-mengandungi-sibutramine
![](http://ondscene.my/wp-content/uploads/2012/04/120416-st-92-225x300.jpg)
Nota : Pengurusan Sendayu Tinggi dijangka akan membuat kenyataan media hari ini 17 April, 2012 mengenai kes ini
Maaf akan kelewatan menyiarkan entry ini kerana kesibukan yang terlampau.
![](http://ondscene.my/wp-content/uploads/2012/04/120416-st-28-400x300.jpg)
Penyiaran berita-berita terutama mengenai rampasan ubat-ubatan selalunya mendapat reaksi yang pelbagai, malah ada yang menimbulkan ketegangan antara pelbagai pihak.
Dalam menyebarkan maklumat yang berkaitan dengan tanggungjawab sosial ini, pemahaman pembaca adalah berbeza-beza kerana mempunyai latarbelakang yang berbeza.
Tetapi, paling banyak mempertikaikan apabila mendakwa penyiaran berita begini, kononnya adalah untuk membunuh perniagaan itu sendiri, dan ungkapan paling popular bunuh perniagaan orang Melayu.
Kepada pembaca semua, silalah rasional dan fikirkan keseluruhan intipati berita ini dan bukan berniat untuk mengelirukan sesiapa.
Persoalan pertama dalam kepala saya selalunya ialah :
Adakah saya bertanggungjawab untuk menutup keadaan yang berlaku, atau menyelamatkan puluhan ribu pengguna/orangramai?
Manusia melakukan kesilapan, samada secara disengajakan atau sebaliknya.
Dalam kes ini, 2 produk syarikat kosmetik terkemuka,Sendayu Tinggi dirampas, membabitkan nilai pasaran kira-kira setengah juta ringgit.
Hasil ujian makmal Kementerian Kesihatan menemui kandungan bahan kimia http://en.wikipedia.org/wiki/Sibutramine sibutramine di dalam kedua-dua produk ini. yang dipecayai telah berada di pasaran sejak setahun lalu.
Serbuan dilakukan serentak di 27 premis termasuk ibupejabat, sebuah kilang dan 25 premis stokis di seluruh negara, membabitkan kira-kira 200 anggota penguatkuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan.
Operasi diketuai Pengarah Penguatkuasa Farmasi, Mohd Hatta Ahmad.
Ini bukan kerja mudah, kerana ia membabitkan keanggotaan yang ramai dan penyelarasan bersepadu setelah segala risikan, maklumat dan ujian makmal mengesahkan akan kandungan bahan tersebut yang memakan masa beberapa bulan.
Bahagian Penguatkusa Farmasi boleh sahaja mendiamkan operasi ini dan merampas barangan, dan membawa ke mahkamah.
Tetapi bagaimana dengan pengguna, yang mungkin mencecah ribuan orang yang telah membeli, sedang menggunakannya atau bercadang menggunakannya?
Adakah adil bagi mereka terus menelan produk yang telah disahkan amat merbahaya ini.
Betul, kesannya mungkin tidak diketahui serta-merta, tetapi natijah dari pengambilan produk yang dicampur bahan kimia ini amat dasyat.
Dalam serbuan ini, 2 produk ini dirampas.
Ia bukan produk buatan Sendayu Tinggi, sebaliknya siasatan mendapati produk ini merupakan produk yang dibungkus semula melalui sebuah kilang di Nilai.
Dan ia dijual semula sebagai produk Sendayu Tinggi.
Terpulang kepada pembaca untuk menilai situasi ini.
Bagaimanapun, hanya 2 produk ini yang dirampas dan tidak pada produk-produk lain yang menggunakan jenama sama.
Sejak 2010, lebih 20 produk pelangsing badan disenarai hitam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas dikesan mengandungi bahan kimia beracun sibutramine termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.
Produk mengandungi sibutramine sudah sekian lama berlegar di pasaran dengan `menyamar sebagai makanan kesihatan
Ia diharamkan dalam kaedah perubatan di seluruh dunia berikutan boleh mendatangkan kesan mudarat kepada kesihatan termasuk kesan tidak siuman dan semput kronik.
Tahun lalu, 8 produk kesihatan dirampas dan 2 produk pada tahun ini.
15 Februari 2007, Suri rumah, Normala Shahidan, 33, dari Kampung Gunung Keriang, Alor Star, Kedah meninggal dunia selepas 2 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Alor Star, dipercayai akibat mengambil ubat pelangsing dengan kandungan bahan kimia sama.
Berikutan itu, Kementerian Kesihatan bertindak membatalkan pendaftaran ubat tradisional berjenama `Kintop’ digunakan mangsa pada 24 Ogos 2006 selepas didapati mengandungi kimia sibutramine.
Bagaiamanapun, ia masih terdapat di pasaran dan dijual secara haram berikutan sikap syarikat pengeluar yang tamak dan mendapat keuntungan berjuta ringgit hasil dari penjualan produk ini.
Sebelum ini tindakan sama turut diambil terhadap produk kapsul jenama Lami, Bionex, NP Trimz dan pelbagai produk melangsingkan badan yang lain.
Sibutramine digunakan dalam kombinasi dengan penurunan kalori diet dan latihan khusus membantu orang-orang yang mempunyai berat badan berlebihan dalam menurunkan berat badan dan untuk mengekalkan penurunan berat badan.
<p>Ia berada dalam kelas ubat yang disebut sebagai perencat nafsu makan dan bertindak di otak dengan merencat pusat yang mengendalikan nafsu makan.
Sibutramine dikawal di bawah Akta Racun 1952, dan temasuk dalam Group B Poison List
Pengambilannya tanpa perskripsi doktor boleh mendatangkan kesan sampingan, antaranya:
- pening kepala
- perubahan selera makan
- sembelit
- pedih ulu hati
- mulut menjadi kering
- sakit di bahagian belakang
- badan menjadi lemah
- gemuruh
- kesusahan untuk tidur
- selsema
- simptom mirip selsema (flu-like symptoms)
- kepanasan
- kesakitan semasa datang bulan
Ada juga kesan sampingan lebih serius, dan symptom itu antaranya:
-denyutan jantung laju
-sakit dada
-sesak nafas
- mual
- sakit perut
- muntah
- keseronokan melampau (extreme excitement)
- resah
- gelisah
- murung
- pening
- kepala menjadi ringan
- pitam
- keliru
- pergerakan luar kawalan
- kekejangan otot
- tangan menggeletar
- sawan
- menggigil
- peluh berlebihan
- demam
- sakit tekak
- anak mata menjadi besar
- ruam
- gatal
- masalah bercakap,bernafas dan telan
- bengkak di muka, tekak, lidah, bibir, mata, tangan, kaki dan buku lalu
- unusual bleeding or bruising’
Serbuan dilakukan serentak
~~~ BERITA NI KELUAR TV ISNIN LEPAS ~~~ |
|