|
SLOT AKSI : INDERA JONED - Aiman Hakim Ridza, Anzalna
[Copy link]
|
|
citer ni dh start ker??xtau la plk![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Qi akan nampak best sepanjang episod.. korang jgn risau.. ahahahah! |
|
|
|
|
|
|
|
Slot cerita ni mmg slot merepek kan? so, x heran la kalo ada api2 tu.......
ahkiluz Post at 24-5-2012 12:35 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
slot aksi kot.. apa celop tu merepek gak, but nilapura serious jah |
|
|
|
|
|
|
|
baru dapat tengok cite ni ari ni...
adui...machoonya indera joned...he..he...![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
iols dah tengok cerita ni semalam...ok ler boleh layan...best dan kelakar...![](static/image/smiley/onion/thumb.gif) ..
Qi and the geng yg main watak jahat pun best juga....part yg tak menahan bila Indera Jonet dalam hutan...dengan muka berkerut-kerut..lidah terjelir...ingatkan dia 'buang hajat' kat dlm hutan tu...rupa-rupanya sedang mencabut akar pokok kayu...parutler.... |
|
|
|
|
|
|
|
smlm aku x sempat nk layan cite nie...dierang dah g ke kat hutan bunuh 2?yg geng penyamun 2 pon nk menyorok kat hutan bunuh 2 gak...
aku tgk epul 2 cam something jerk ngan lecturer budak2 kolej 2... |
|
|
|
|
|
|
|
ooo...ropenyee joned tu orang yg sama dgn epol ek...lawak2..hehee![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Promo IJ episod semalam...
|
|
|
|
|
|
|
|
kelakar giler la watak epul ni.... tapi cam biasa... aiman mmg tak sesuai anak org miskin... dia lebih sesuai anak org kaya je.. ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
watak 3 org jahat .. Qi tu sumpah lawak giler... jahat tapi vangang... iolls suka semua watak... and mcm biasa drama tv3 tak pernah menghampakan....![](static/image/smiley/onion/thumb.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
lawak la citer nie...
lawak gak tgk si eman..leh follow.. |
|
|
|
|
|
|
|
ak bkn nk bias ke ape..t beza sgt eman jadik hero ngan si qi jadik hero![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Aiman mula dari bawah
Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN
[email protected]
ADA yang melabelkan Aiman Hakim Ridza ‘perasan bagus’ apabila dia berazam mahu jadi lebih hebat daripada pelakon senior sedia ada. Bukan mahu tunjuk lagak, apatah lagi bercakap besar, kerana bagi aktor muda ini semangat itu harus ada dalam diri pendatang baru jika mahu industri berkembang maju.
Berada dalam bidang ini, bukan saja bakat yang diperlukan, tetapi harus diseiringkan dengan pengetahuan. Justeru, ilmu harus digali, malah dia tidak malu berguru dengan pelakon berpengalaman dengan harapan mahu dikenali sebagai pelakon berpengetahuan.
Untuk capai sasaran itu, dia memilih untuk bermula daripada bawah. Biar langkahnya lambat kerana yang lebih penting adalah ilmu serta pengalaman diperoleh daripada setiap langkah.
“Kalau boleh, semua orang mahu berjaya dalam tempoh singkat, tetapi bagi saya yang terbaik ialah, biar kita belajar daripada bawah.
“Tidak perlu terburu-buru kerana apabila terlalu laju melangkah, banyak benda penting yang kita terlepas pandang. Walhal, perkara itu pengalaman dan ilmu yang sangat berguna untuk bekalan pada masa akan datang.
“Lagipun jika bermula daripada bawah, kita lebih bersedia dan andai berlaku sesuatu di kemudian hari, kita tahu bagaimana mahu bertindak dan tidak kisah jika perlu mulakan semula daripada awal.
“Saya bukan perasan bagus atau bercakap besar, sebaliknya ini apa yang saya pegang. Saya melihat realiti ini daripada sudut mata saya dan andai ada yang kurang senang, saya mohon maaf.
“Pembabitan saya dalam bidang ini ikhlas. Saya buat kerana minat dan kerana itu perlu bekerja keras. Sebagai pelakon yang masih hijau, banyak lagi saya kena belajar jika mahu jadi anak seni bagus atau lebih baik daripada pelakon sedia ada.
“Saya sedar bukan mudah untuk capai piawaian itu, tetapi tidak mustahil andai kita berusaha, jujur dan ikhlas,” katanya optimis.
Dikritik sukar memberikan kerjasama menghadiri sesi fotografi, pelakon yang popular menerusi siri rantaian Vanilla Coklat ini berkata, bukan niatnya untuk menghampakan permintaan pihak media, tetapi dia sememangnya tidak boleh melapangkan masa berikutan jadualnya padat dengan penggambaran.
Andai ada masa terluang, mustahil dia menolak kerana dia sedar peranan media dalam memperkenalkan nama pelakon baru sepertinya sangat penting.
“Masa untuk diri sendiri pun tak ada, macam mana saya nak memenuhi undangan sesi fotografi? Ketika dihubungi, saya terikat dengan penggambaran. Bagi saya, kerja harus diutamakan dan apabila selesai penggambaran, baru saya boleh menghadiri temubual atau sesi fotografi.
“Kalau pun ada sedikit masa, saya gunakan untuk membaca skrip dan menganalisis watak. Pelakon kita jarang diberi masa panjang untuk melakukan penyelidikan dan kerana itu saya kena fokus. Masa yang ada saya gunakan sepenuhnya supaya dapat beraksi depan kamera dengan lebih yakin dan selesa.
“Saya harap dengan penjelasan ini, tidak timbul lagi salah faham. Bagi saya, sementara masih muda dan ada tenaga, saya akan berikan komitmen terbaik terhadap setiap kepercayaan yang diberikan pengarah serta penerbit,” katanya yang pernah berjinak-jinak dengan dunia komersial sebelum menyertai program realiti Mentor 5.
Dia yang berbakat sebagai penyanyi tidak ketinggalan berkongsi rasa gembira apabila berpeluang menjayakan watak aksi buat kali pertama menerusi drama Indera Joned yang kini hangat bersiaran menerusi slot Aksi TV3 setiap Isnin.
Ia sekali gus menyerlahkan sisi barunya yang belum pernah diterokai, malah menjadi bukti dia mampu menjiwai pelbagai karakter jika diberi peluang.
“Sejujurnya, saya memang suka watak aksi, ganas dan psikotik. Baru ada kelainan kerana sebelum ini sering diberikan watak romantik. Lebih mencabar menerusi Indera Joned, saya perlu lakonkan dua karakter iaitu sebagai pelajar kolej yang bijak serta jujur, Epul dan hero legenda, Indera Joned.
“Bukan senang melakonkan dua watak sekali gus kerana ia menuntut saya berfikir serta mampu bertukar ‘mood’ dengan pantas. Di lokasi, saya terkejar-kejar kerana kena selalu tukar baju dan karakter pun berubah-ubah.
“Saya harap drama ini satu lagi permulaan baik untuk pergi lebih jauh dalam bidang lakonan. Andai ada lagi tawaran karya aksi selepas ini, pasti saya tidak tolak kerana sememangnya itu yang saya nanti-nantikan,” katanya yang akan memulakan penggambaran filem Vanilla Coklat pada 12 Jun ini. |
|
|
|
|
|
|
|
mula2 aku rs mcm ntah hape2 je cite ni..tp semlm tgk kelako jugak.so boleh layan la lepas ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 96# whitedove07
yezaaa...nampak mcm dah makin menarik....tapi sikitnya part aiman....tertunggu2 dibuatnya bila la si indera joned aka epul nak kuar....tapi ensem banget ini org dalam cite nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
mmg lawak ar geng2 penyamun 2...yg org2 pelik yg muncul 2 org dr zaman mne? |
|
|
|
|
|
|
|
Tgh tgk doom, and tiba tiba rasa muka abhishek bachan macam aiman
Dah la tinggi,
Cer aiman jambang jambang sket
Pakai kurta sure macam anak bengali habisss....
I likeee aiman ![](static/image/smiley/onion/childlike.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|