Dewasa ini berbagai-bagai kamera ada dipasaran dengan berbagai-bagai kebolehan dan kelebihan, semakin hebat kamera tersebut, semakin mahal lah harganya. Sebagai contoh, kamera Phantom v1610 yang berkebolehan menangkap 1 juta frames sesaat dijual dengan harga $100,000 dolar, tue di Amerika, kalau masuk Malaysia confirm berkali ganda disebabkan oleh cukai yang dikenakan. Tetapi korang jangan terperanjat selepas mengetahui harga sebuah kamera jenis Leica tahun 1923 yang berjaya dilelong dengan harga 2.16 juta euro bersamaan dengan $2.8 juta dolar.
Pembuat kamera Jerman, Leica, adalah salah satu pembuat kamera berkualiti tinggi yang popular. Kamera Leica yang baru boleh dijual sehingga mencecah $31,700. Tetapi kamera 1923 0-series Leica ini lebih kepada sejarah, ia merupakan salah satu dari 31 kamera yang dihasilkan untuk batch pertama oleh syarikat dan diketahui hanya tinggal 12 buah kamera sahaja yang masih wujud didunia ini.
Kamera ini telah dibeli oleh seorang pembina tanpa nama dari Eropah. Pada tahun 2007, model yang sama telah dijual dengan harga $430,000. Pada tahun 2011 pula, ianya telah dijual dengan harga $1.7juta.
|