Adakah ini bug terbesar di dunia? Ia bergantung kepada definisi anda. Tetapi melihat "Weta" gergasi di New Zealand memakan pada lobak merah pasti memberikan anda sesuatu yang mengerikan.
Serangga mirip seperti cengkerik ini dikenali sebagai weta gergasi atau wetapunga oleh orang Maori, dan sebagai Deinacrida heteracantha oleh saintis. Ia hanya boleh dijumpai di kawasan-kawasan yang dilindungi seperti Pulau Barrier Little New Zealand. Di sinilah Mark Moffett, ahli entomologi dan explorer di Smithsonian Institution, menjumpai spesimen ini selepas dua malam pencarian. Mark Moffett mendapati serangga ini mempunyai 71 gram dan 7 inci panjang yang mengejutkan.
Weta gergasi adalah serangga yang terbesar di dunia, dan ini adalah yang terbesar pernah dijumpai. Mark Moffett berkata, "beratnya bersamaan dengan tiga ekor tikus. Ia menikmati lobak merah yang begitu banyak dan ia seolah-olah tidak sedar yang ia sedang berehat di tangan kita, tetapi ini adalah spesis yang sangat terancam.
|