CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4039|Reply: 0

Tapak bazaar raya - kota damansara

[Copy link]
Post time 26-6-2012 08:54 AM | Show all posts |Read mode
Salam...
Kepada sesiapa yang berminat untuk berniaga pada bulan Ramadhan nanti di Kota Damansara. Pihak Gulam Mee (www.gulammee.com) akan mengadakan booth jualan yang dinamakan Gulam Street Bazaar Raya (www.facebook.com/GulamStreet.INZ).

Tempat ini sekarang telahpun bermula Flea Market setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Sambutan buat masa sekarang amatlah memberangsangkan. Ini kerana kedudukan tapak niaga yang sangat dekat dengan Restoran Gulam Mee yang terkenal di Kota Damansara (restoran ini telah dinobatkan oleh akhbar Mingguan Malaysia sebagai salah satu dari 5 ‘Restoran Pilihan Malaysia tahun 2011’). Restoran ini mempunyai kapasiti tempat duduk hampir 600 orang dalam satu-satu masa dan biasanya hampir penuh pada setiap malam, terutama malam minggu.

Kedudukan tapak niaga ini adalah tengah-tengah antara restoran dan tempat meletak kenderaan berkelompok. Mengikut pemaju kawasan, tempat ini mempunyai hampir 700 petak parking yang tersedia. Jadi tidak akan ada masalah pengunjung mencari parking seperti kebanyakan tempat niaga lain.

Pada 20 Mei 2012, kami dengan kerjasama satu kumpulan kereta telah mengadakan ‘Autoshow’ bagi mempromosi tempat. Walaupun jumlah yang membeli pada masa itu tidak begitu ramai, tapi objektif membawa khalayak telah berjaya. Dikatakan hampir 2,000 orang membanjiri tempat autoshow yang bermula dari jam 12 tghari hingga tgh malam. Kereta yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut hampir 100 buah.

Kami juga tidak mahu membazirkan masa dan wang ringgit peniaga dengan berniaga pada minggu pertama puasa yang kebanyakan tempoh ini jualan adalah tidak begitu memberangsangkan. Jadi, kami mengambil inisiatif bermula pada 7 Ramadhan.


Butiran tapak niaga adalah seperti berikut.

Tempat : Gulam Street Flea Market @ Gulam Mee Kota Damansara
Tarikh : 27 Julai – 16 Ogos 2012 (7 Ramadhan – 26 Ramadhan 1433) *21 hari
Masa : 6 petang – 2 pagi

BAYARAN
Khemah 10 x 10 kaki setiap hari berniaga (30 khemah)
1.RM 900 untuk pendaftaran sebelum 1 Julai 2012
2.RM 1,000 untuk pendaftaran selepas 1 Julai 2012
Deposit peralatan RM250.00 (dipulangkan selepas perniagaan)

Khemah 10 x 10 kaki setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad (10 khemah)
1.RM 180 seminggu untuk pendaftaran sebelum 1 Julai 2012 (bayaran penuh 3 minggu – RM 520)
2.RM 200 seminggu untuk pendaftaran selepas 1 julai 2012 (bayaran penuh 3 minggu – RM 600)
Deposit peralatan RM250 (dipulangkan selepas perniagaan)

Khemah 20 x 20 setiap hari berniaga (2 Khemah )
3.RM 3,500 untuk pendaftaran sebelum 1 Julai 2012
4.RM 3,800 untuk pendaftaran selepas 1 Julai 2012
Deposit peralatan RM750 (dipulangkan selepas perniagaan)

Jika ada antara anda yang berminat untuk mencuba di Gulam Street Flea Market pada setiap hujung minggu masih boleh berbuat demikian. Kami masih mempunyai kekosongan yang terhad untuk minggu-minggu sebelum Bazaar Raya.

Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan kami. Tempat adalah terhad. Segala butiran, peta dan gambar boleh dirujuk pada facebook kami.
Tel: 017-6571555 (Nazim)
FB: www.facebook.com/GulamStreet.INZ
Twitter: @stylo2style
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.040733 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list