CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2272|Reply: 17

Mereka panggil saya raksasa..

[Copy link]
Post time 28-6-2012 05:02 PM | Show all posts |Read mode



LI HONGFANG yang berusia 40 tahun tidak pernah menyangka tumor yang membesar di mukanya sejak 10 tahun lalu menyebabkan dia dipinggirkan oleh penduduk kampung.

Penyakit yang dikenali sebagai kordoma itu menyebabkan mukanya membesar dan membuatkan wanita yang bekerja sebagai petani itu kelihatan seperti raksasa.

Ibu kepada dua orang anak itu memberitahu, dia tidak mampu menampung kos membuang tumor itu kerana bayarannya terlalu mahal iaitu kira-kira 600,000 yuan (RM296,732).

Hongfang menceritakan, dia mula menderita penyakit itu pada tahun 2001 dengan hanya kesan tompok kecil di dahinya.

Menetap di sebuah perkampungan di Tianchao, negeri Qianxian, dekat wilayah Shaanxi, dia disahkan mempunyai tumor selepas menjalani pemeriksaan empat tahun kemudian.

Doktor mengesahkan dia mempunyai tujuh ketul tumor di bahagian muka. Akibat tidak mampu mendapatkan rawatan, dia terpaksa membiarkan tumor itu membesar perlahan-lahan.

"Saya sedar ramai orang melihat saya seperti raksasa tetapi saya sebenarnya manusia biasa. Saya ibu kepada dua orang anak, bukannya seekor raksasa," katanya.

Dahulu, Hongfang seorang wanita yang cantik. Lantaran penyakitnya itu, wang simpanannya habis digunakan mendapatkan rawatan. Akhirnya dia pernah menjadi pengemis di bandar.

Pembedahan

"Hidup mesti diteruskan untuk ibu mertua, anak-anak dan keluarga. Namun, penduduk kampung sering menganggap saya wanita malang yang membawa kecelakaan.

"Malah, mereka sering mengatakan suami saya akan meninggalkan saya tetapi Guo Yingping (suami baharunya) nampaknya sanggup menyimpan wang hasil bekerja di ladang untuk pembedahan saya," ujarnya.

Dia bersyukur kerana suaminya terus menyokongnya, begitu juga ibu mertuanya.

"Saya hanya ingin menjadi wanita normal semula selain ibu yang bertanggungjawab membantu keluarga," katanya.

Suami pertamanya terbunuh dalam kemalangan jalan raya tidak lama selepas Hongfang melakukan pemeriksaan doktor, namun selepas itu dia berkahwin dengan seorang lelaki yatim piatu, Yingping pada tahun 2009. Mereka tinggal di kampung berhampiran.

Kedua-dua anak lelaki Hongfang, berusia 14 dan 17 tahun, telah meninggalkan kampung halaman untuk bekerja, walaupun si ibu membantah hasrat mereka.

"Kami tidak mempunyai banyak wang tetapi kami mencintai antara satu sama lain. Kami begitu menyayangi dua anak lelaki kami.

"Tetapi anak saya mengambil tindakan nekad meninggalkan saya ketika saya amat memerlukan sokongan mereka," katanya sedih.

Namun, dia menarik nafas lega apabila kerajaan China bersedia menanggung kos rawatannya.

Menurut seorang pakar perubatan, Xue Gang, pihak atasan telah mengarahkan mereka mengubati Hongfang walaupun berapa banyak perbelanjaan yang diperlukan.

Seorang pakar bedah, Pan Lin dari Hospital Xijing, China, yang merupakan hospital wanita malang itu akan menjalani pembedahan memberitahu, keadaan Hongfang akan kembali normal selepas dibedah.

"Penyakitnya cukup pelik tetapi tidak sehingga mengorbankan nyawanya. Selepas pembedahan membuang tumor, kami akan melakukan pembedahan plastik bagi memastikan dia cantik semula," katanya.



Kredit: http://www.cikgubadarudin.com/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2012 05:22 PM | Show all posts
kesian dia...

moga2 berjaya operation tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 05:34 PM | Show all posts
kesian sungguh..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 06:04 PM | Show all posts
kesiannya dia.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 06:29 PM | Show all posts
Harap2 lepas pembedahan mukanya kembali normal
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 08:37 PM | Show all posts
Sepatutnya org2 kampung tolong dia bkn pulaukan dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2012 09:58 PM | Show all posts
hopefully she will have the normal life after the operation
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2012 10:28 PM | Show all posts
orang saket patut ditolong... bukan dipulaukan ...

kalo kena kat diri sendiri..... baru tau betapa support masyarakat sekeliling adalah perlu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2012 11:24 PM | Show all posts
erk.... dia kata suami baru tu yatim piatu... mana dtg plak mak mertua tu?
maksud dia mak suami pertama dia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2012 12:49 AM | Show all posts
LI HONGFANG yang berusia 40 tahun tidak pernah menyangka tumor yang membesar di mukanya sejak 10 ...
novelloverzz Post at 28-6-2012 17:02



    ada lg rupenya org2 kampung yg bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2012 06:24 AM | Show all posts
kesian ...mmg kesian...semoga Tuhan tolong sembuhkan dia dan semoga diberi hedayah...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2012 12:28 PM | Show all posts
kesian sgt.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2012 02:27 PM | Show all posts
kolot dan bodohnye org2 kampung tu. kalo jadi dkt diri sendiri baru taw apa rasa.
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2012 02:33 PM | Show all posts
kesian kat dia.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2012 03:38 PM | Show all posts
Kesiannye..

Hope pas operate die ok
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2012 05:44 PM | Show all posts
kita patut syukur kita sihat walafiat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2012 07:55 PM | Show all posts
ya Allah..satu keinsafan bagi diri ini yg kekadang rasa muka ku tak cantik~~~~
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2012 09:38 AM | Show all posts
kesian...harap-haraplah operation die berjln dgn lncr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.277075 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list