CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3171|Reply: 12

Kura-kura gergasi "Galapagos" haiwan ajaib

[Copy link]
Post time 3-7-2012 10:47 AM | Show all posts |Read mode

George yang dianggarkan berusia lebih 100 tahun  ditemui mati  Ahad minggu lalu.



HARAPAN para saintis untuk melihat Lonesome George - seekor kura-kura gergasi Galapagos, meninggalkan baka berakhir apabila haiwan itu ditemui mati di Puerto Ayora, Pulau Santa Cruz, Ecuador pada 24 Jun lalu. Puerto Ayora terletak di selatan Taman Negara Galapagos.Dianggarkan berusia lebih 100 tahun, kura-kura berstatus duta Kepulauan Galapagos itu berjaya menarik lebih 180,000 pelancong untuk mengunjungi pulau itu tahun lepas.

George dipercayai kura-kura terakhir daripada subspesies Geochelonenigra abingdoni. Kepulauan itu masih dihuni kira-kira 20,000 ekor kura-kura gergasi daripada 13 subspesies."Pada waktu pagi semasa seorang renjer sedang meronda, dia menemui George mati di pusat pembiakan kura-kura gergasi."Kehidupan kura-kura ini telah berakhir, namun kami merancang untuk mengawet bangkainya bagi dijadikan tatapan pelancong pada masa hadapan," kata ketua taman itu, Edwin Naula.

Bangkai haiwan bertaraf selebriti itu ditempatkan di dalam sebuah kebuk sejuk bagi mengelakkannya daripada mereput. Saintis berkata, kematian George akan melenyapkan spesies itu.George mempunyai kisah hidup yang tersendiri. Ia ditemui pada tahun 1972 di Pulau Pinta, salah sebuah pulau di Kepulauan Galapagos.Sama seperti namanya Lonesome George, haiwan itu hidup bersendirian dan kesepian sepanjang hayatnya.George tidak mempunyai anak. Walaupun ia cuba dibiakkan bersama dua kura-kura betina berlainan spesies, hasilnya mengecewakan.Diburu Pada tahun 2009, pegawai Ecuador mengumumkan seekor daripada dua kura-kura betina yang tinggal bersama George telah menghasilkan sebanyak lima biji telur. Malangnya kesemua telur itu gagal menetas. George hidup bersama dengan kura-kura betina daripada jenis Geochlone becki itu sejak tahun 1993. Populariti George bukan calang-calang bahkan berjaya menarik perhatian ikon terkenal Angelina Jolie dan Brad Pitt untuk melawat taman negara itu.

Lokasi tempat kura-kura itu tinggal juga dikunjungi oleh ribuan pelancong setiap tahun.Mereka mengambil peluang bergambar dengan makhluk pelik di muka bumi itu.Bagaimanapun, sejak kedatangan manusia ke kepulauan itu, jumlah kura-kura gergasi menurun secara signifikan.Ia sering diburu kerana dagingnya manakala habitat semula jadinya turut dirampas oleh gerombolan kambing yang dibawa oleh penternak.


TAMAN Negara Galapagos pernah  dikunjungi pasangan selebriti  Angelina Jolie dan Brad Pitt (dua dan tiga dari kanan).



Namun, usaha penyelamatan oleh Taman Negara Galapagos dan Yayasan Charles Darwin untuk menambah kembali populasi kura-kura itu mula berhasil.Secara umum, populasi kura-kura gergasi Galapagos meningkat daripada hanya 3,000 ekor pada tahun 1974 kepada 20,000 ekor sekarang.


Selain kura-kura gergasi, Kepulauan Galapagos juga terkenal sebagai rumah kepada berbagai spesies haiwan dan tumbuhan yang unik.
Keajaiban alam dan kebiasaan kura-kura Galapagos yang boleh hidup sehingga 200 tahun telah mencetuskan idea kepada saintis Britain, Charles Darwin untuk memperkenalkan teori evolusinya.Ketua Pengarah Zoo Negara, Dr. Mohamad Ngah, berkata usaha untuk memastikan kura-kura gergasi terus hidup sememangnya agak sukar.

"Selain masalah kesihatan kerana usia yang lanjut, haiwan ini sensitif terhadap makanan yang diberikan."Selain itu, ia sukar menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran yang berbeza daripada habitat asal," katanya kepada Jurnal.Jelasnya, pihak Zoo Negara juga mempunyai kura-kura gergasi daripada spesies Aldabran iaitu kura-kura kedua terbesar di dunia selepas spesies Galapagos tetapi usaha untuk membiakkan haiwan itu bukan mudah.

"Namun, itu tidak bermakna kita akan berhenti berusaha membiakkannya sebaliknya banyak lagi penyelidikan saintifik perlu dilakukan," beritahu beliau. - MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2012 11:21 AM | Show all posts
teringat citer ultramen...raksasa.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 12:59 PM | Show all posts
Oleh itu jagalah permakanan dan persekitaran agar usia jadi panjang.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 01:52 PM | Show all posts
Wwww,jolie pun penaj dtg huhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2012 04:10 PM | Show all posts
dekat sini ada 20ribu ekor kura-kura.. can't imagine
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 08:37 PM | Show all posts
dah 100 lebih umurnya, dah sampailah ajalnya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-7-2012 09:22 PM | Show all posts
kesian pulak pada si George ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2012 10:44 PM | Show all posts
RIP George ...
May you find your happiness there
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2012 11:38 PM | Show all posts
they should consider cloning
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2012 03:44 PM | Show all posts
fuhhhh...drpd sebelum perang dunia pertama sampai ke zaman millenium george ni hidup. kalau dia boleh bercakap, mesti banyak pengalaman dia boleh citer.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2012 08:48 PM | Show all posts
agak panjang gak hayat kekura ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2012 10:24 AM | Show all posts
haiwan yang menakjubkan
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2012 10:21 AM | Show all posts
ni standard moyang dah nih..hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.087852 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list