CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1918|Reply: 5

Israel Berjaya Cipta Ganja Yang Tidak Mengkhayalkan.

[Copy link]
Post time 9-7-2012 02:32 PM | Show all posts |Read mode
[size=85%]

Ganja digunakan di negara maju bukan untuk high semata-mata. Di California dan beberapa lagi negeri didalam USA penggunaan ganja sebagai ubat tahan sakit semula jadi adalah dibenarkan. Berbanding ubat tahan sakit buatan makmal, ganja mempunyai kesan sampingan yang minimum dan tidak merosakkan ginjal seperti pain killer komersil. Pesakit kanser, rheumatism dan arthritis mendapati ganja adalah ubat paling berkesan untuk mereka. Di Malaysia kami tidak pasti sama ada medical marijuana ada diberikan kepada pesakit. Judging by our ketinggalan zaman drug laws I don't think we allow patients to smoke them. Such a shame.

Masalah utama pengguna ganja sebagai ubat-ubatan ialah mereka jadi khayal sementara selepas menggunakan ganja. Ini menyebabkan mereka tidak boleh melakukan kerja selepas mengambil ubat. Penyelidik di Tikun Olam Israel minggu lalu mendakwa mereka berjaya menghasilkan ganja yang tidak mengkhayalkan. Melalui manipulasi genetik, ganja yang dipanggil AVIDEKEL ini mempunyai peratusan tetrahydrocannabinol (THC) yang lebih rendah berbanding ganja konvensional. Avidekel hanya mempunnyai 1% THC berbanding 23% pada ganja biasa. THC lah bahan psikoaktif yang menyebabkan penghisap ganja menjadi high as a kite. Pada waktu yang sama Avidekel mempunyai peratusan cannabidiol (CBD) yang tinggi. CBD lah diperlukan oleh pesakit untuk melegakan kesakitan mereka. Buat masa ini ganja Avidekel sedang diuji oleh 9000 pesakit kanser, Parkinson dan Crohn's disease seluruh Israel untuk memastikan ia tidak mempunyai kesan sampingan yang aneh.  Jika ujian ini berjaya ganja Avidekel pasti menjadi pilihan utama mereka yang mahukan natural pain killer seluruh dunia.


kredit blogserius.blogspot.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2012 03:18 PM | Show all posts
Abis kalau tak lalok takde point la nak isap ganja.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 04:47 PM | Show all posts
bukan la namanya gun jar kalau tak high.. smoke on the water.. fire in the skyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 04:58 PM | Show all posts
ganja jenis ni tuk perubatan jer kot....supaya pesakit tak jadi lalok dan boleh lakukan aktiviti cam biasa....
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2012 06:21 PM | Show all posts
Elok dipastikan ianya tak ada kesan sampingan yang lain walaupun kesan laloknya dah berjaya dihilangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2012 09:43 AM | Show all posts
apa pointnyer....
org isap ganja sebab nk lalok kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.048080 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list