CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3197|Reply: 7

Lelaki Afghan Ditemui Mati Di Kandang Harimau, Kemungkinan Dibaham Hidup-Hidup

[Copy link]
Post time 13-7-2012 11:51 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki ditemui mati dalam kandang harimau Zoo Copenhagen, Denmark selepas mangsa menceroboh kandang harimau tersebut. Mangsa dikenalpasti sebagai lelaki keturunan Afghan berusia 20 tahun yang menetap di Copenhagen bersama keluarganya.


Mayat mangsa ditemui dalam keadaan dikelilingi oleh tiga ekor harimau Siberia oleh pekerja zoo pada jam 7.30 pagi waktu tempatan. Motif mangsa berada dalam kandang harimau masih tidak jelas dan dalam siasatan namun polis tidak menolak kemungkinan mangsa bertindak demikian bertujuan untuk membunuh diri.



Menurut Superintendent Lars Borg, hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan gigitan haiwan di bahagian peha, dada, muka dan leher mangsa. kematian mangsa berpunca daripada gigitan di leher. Pihak berkuasa kini sedang meneliti rakaman kamera tertutup CCTV untuk mengenalpasti bagaimana mangsa boleh berada di kandang harimau terbabit.



Menurut ketua eksekutif zoo berkenaan, ini merupakan insiden pertama yang pernah berlaku selepas 152 tahun zoo tersebut dibuka kepada orang awam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2012 12:17 PM | Show all posts
Macam kes kat Zoo Singapore dulu pekerja zoo dari Malaysia dengan rela dibaham dek rimau putih.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 12:26 PM | Show all posts
NGERIIIIIII nya d bhm ari mau...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 10:08 PM | Show all posts
polis kata kemungkinan bunuh diri... idea yg ganass..terjun dlm kandang rimau
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 10:24 PM | Show all posts
Reply 2# Artemesiaa

betul ke bunuh diri?igtkn kena serang dek rimau tu time nk bg makan...ad link video tak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2012 10:34 PM | Show all posts
Reply 5# awek_ganu


    Tak pasti cerita sebenar tapi ada pekerja kat sana kata dia memang stress sebab banyak hutang
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-7-2012 11:45 PM | Show all posts
ni artikel dr dailymail..ada video sekali kat sini...
http://www.dailymail.co.uk/news/ ... l?ito=feeds-newsxml
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2012 02:47 PM | Show all posts
polis mmg suka kata bunuh diri
padahal byk je kes bunuh org
tapi belum apa2 dh letak bunuhdiri dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.043722 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list