CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2596|Reply: 15

Kawan Masukkan Pam Angin Dalam Dubur, Kanak-kanak Ini Tenat

[Copy link]
Post time 17-7-2012 08:59 AM | Show all posts |Read mode

“Dua suspek bernama Zhao dan Chen mencederakan Du dengan menolaknya hingga dia rebah ke lantai sebelum mengepam angin menerusi duburnya dengan pam angin,” kata polis.





BEIJING – Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun di bandar Dezhou, di wilayah Shandong, yang cedera parah apabila dua pekerja memasukkan pam angin ke dalam duburnya, dipindahkan ke bandar raya ini bagi rawatan lanjut, Jumaat lalu.


Du Chuanwang yang mengalami kerosakan di kebanyakan organnya segera dikejarkan ke Hospital Xiajin selepas kejadian itu.
Ketua unit rawatan rapi hospital itu, Ai Qingze, berkata keadaan remaja itu adalah serius.


“Tekanan dalam perutnya sangat tinggi hingga kakinya bertukar menjadi ungu. Pakar bedah segera membedah perutnya bagi membuang keluar angin dan menemui usus kecilnya mengalami pendarahan teruk,” katanya.


Du menjalani pembedahan bagi merawat ususnya di hospital.
Ai berkata, tekanan angin merosakkan hati, buah pinggang dan perut Du.


“Kami menyarankan kepada keluarga pesakit supaya memindahkannya ke hospital lebih baik kerana sebagai hospital daerah, hospital kami tidak mempunyai peralatan perubatan yang lengkap bagi merawatnya,” kata Ai.


Du mengalami kecederaan itu ekoran insiden pada 30 Jun lalu.
Dalam kejadian itu, Du sedang bekerja di garaj di Xiajin, Dezhou sebelum diserang dua lelaki terbabit.


Polis di Xiajin kemudian menahan dua pekerja berkenaan kerana disyaki mencederakan Du.


Kredit: http://tabekpuang.blogspot.com/[url=http://tabekpuang.blogspot.com/][/url]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2012 09:01 AM | Show all posts
Experimental yg xberjaya..apa la depa nie fikiq
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 09:07 AM | Show all posts
kejam... jht betol
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 09:18 AM | Show all posts
jahatnya..... ingat nak buat suka-suka agaknyer....
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 09:44 AM | Show all posts
13 tahun dah kena kerja.. kasihannya la..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 02:35 PM | Show all posts
kuang ajaqqqqq...sian btl budak nih.mesti org susah,baru 13 thn dh keje.harap2 budak ni selamat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2012 02:50 PM | Show all posts
keji, kejam, jahat sume adee...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 04:03 PM | Show all posts
adoila......ni nak buat experiment ke apa ni? tak pasal2 dah mániaya org
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2012 04:21 PM | Show all posts
badigol tul.. elok yg 2 ekor vavi tu plak dipam jumbor dia balik sampai meletop..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 05:18 PM | Show all posts
Aku pernah dengar cerita camni tahun2 90an dulu...kat mesia, Bangla main2 camni jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2012 07:16 PM | Show all posts
Manusia dah jadi semakin kejam kemarahan menyebabkan ada yang bertindak super gila
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 01:41 PM | Show all posts
Korang2 yang speku diorang wat experiment tu, experiment ape ye agaknye? Kaji tindak balas angin terhadap rektum ke? Haha..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 02:27 PM | Show all posts
kesiannya...tapi 13 tahun umur dah kerja...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2012 02:43 PM | Show all posts
kesian ny budak tu. hmm 2 ekoq tu mmg lahanat btol !
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2012 04:30 PM | Show all posts
Depa nak gurau2 jep, tp xkena gaya ...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2012 12:57 PM | Show all posts
cianyeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 01:52 PM GMT+8 , Processed in 1.369168 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list