Satu restoran pelik dan unik telah dibuka di Riga, Latvia yang dikenali dengan restoran “Hospitalis“.Ia merupakan tempat yang perlu dilawati jika anda minat terhadap perkara-perkara aneh. Restoran ini seolah-olah seperti hospital di mana anda diperlakukan seperti seorang pesakit dan dilayan baik oleh pelayan-pelayan berpakaian lengkap seragam jururawat.
Makanan disajikan dalam kelalang kon dalam bilik pembedahan. Masakannnya tidaklah begitu murah (7 lats dan ke atas untuk setiap hidangan), tetapi ia merupakan suatu pengalaman ganjil yang bernilai bagi sesiapa yang berminat. Selain itu, restoran ini dimiliki oleh seorang doktor tempatan.Presiden Latvia, yang juga seorang doktor,telah menolak pelawaan pada majlis perasmian restoran tersebut sebaik sahaja dia menyedari betapa peliknya tempat ini sebenarnya.
|