CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: achik2009

Updated: Alhamdullilah, Semakin Ramai Selebriti Wanita Berhijrah @ pg. 8

[Copy link]
Post time 9-8-2012 01:21 PM | Show all posts
aku nak tengok sasha saidin, dato siti, erra fazira dan umi aida bertudung pulak...mean berhijrah macam adik2 diaorg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2012 01:35 PM | Show all posts
Alhamdulilah dah banyak pengajar2 AF dan artis AF dah mula berjiblab..


Cun lah Cikgu Syafi tu....
Cikgu Siti Hajar
Ibu Cikgu Siti Fatimah & Umi Cikgu Fauziah Nawi dah dari awal diorg dah bertudong

Farah AF so sweet..
Akma..
dah dari awal Salima dan Heliza

siapa lagi ya.. cuba kita2 ingat..

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 01:38 PM | Show all posts
beatgirlX posted on 9-8-2012 01:21 PM
aku nak tengok sasha saidin, dato siti, erra fazira dan umi aida bertudung pulak...mean berhijrah ma ...

Shasha dah pun bertudung..
betullah kita nak jua tengok bila Dato Siti bertudong penuh..
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 02:01 PM | Show all posts
hyie posted on 8-8-2012 05:06 PM
Ketuk2 Ramadhan dirakam awal sebelum puasa la...macam tahun2 lepas gak..belakon je lebih, baru ban ...

rasanya da lama dgr cerita yg fazurina katenye pakai tudung..bukan start ramadhan ni..unless tu ketuk2 2-3 taun lepas..

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 02:19 PM | Show all posts
miasyifa posted on 9-8-2012 01:38 PM
Shasha dah pun bertudung..
betullah kita nak jua tengok bila Dato Siti bertudong penuh..

sasha dah bertudung penuh?
rasa tak lagi..ni jawapan dia bila ada org tanya dia dah bertudung ke..

"Sasha Saidin Belum sepenuhnya tapi insyallah kalau Sha ikut usrah, ceramah agama di masjid atau dimana2, Sha akan memakai hijab. "
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2012 10:03 PM | Show all posts
Alhamdulillah... Ramai artis dah bertudung..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2012 12:52 AM | Show all posts
Bungkus kobis x menahan betol..kekekek..tp bile tgk muka liza hanim skang ni nmpk semenggahnyer...kemas dn fresh.dulu muka dia serabut sgt.mcm muka org kena resdung..gatal2 kulit muka dn hidung mcm tu.mmg kite tgk pon sian..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 09:52 AM | Show all posts
latest

Ayu Raudah
Nana (Sein Ruffedge's wife)

sumber - hasil pembacaan akhbar dihujung minggu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2012 10:40 AM | Show all posts
nana wife sein tu aku dah agak mesti akan bertudung gak coz nampak sein cam aktif join almawlid tu..nak tgk picnye..ayu raudhah pun dah berubah katenye..harap2 berubah kelakuan jugak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2012 09:46 AM | Show all posts
Aida ikhlas berubah

Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN
[email protected]

MESKIPUN berhijab sejak empat tahun lalu, penghijrahan itu tidak pernah membataskan Aida Khalida dalam berfesyen. Aktres yang juga bekas model terkenal ini sentiasa tampil anggun, malah gayanya sering menjadi ikutan.

Ketika menghadiri majlis prebiu drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, Trilogi Cinta 2 dan pelancaran novel Tak Seindah Mimpi di Auditorium P Ramlee, Finas, Hulu Klang, Rabu lalu, pelakon ini mencuri perhatian ramai.

Meskipun bergaya ringkas, Aida tetap menyerlah, bahkan ramai teman media melontarkan pujian dia tidak dimamah usia.
Berbual dengan wanita berjiwa kental ini memang menyenangkan. Bicaranya lembut, malah penuh dengan aura positif.

Menyentuh perihal fesyen, Aida mengaku minat terhadap fesyen tidak pernah luntur, bahkan sejak dulu lagi dia suka mencari kelainan. Pun begitu, sejak bertudung dia memastikan baju digayakan menepati tuntutan syariat.

“Bertudung tidak menghalang wanita untuk berfesyen, cuma kita kena pastikan apa yang kita pakai menutup aurat. Ketika mula-mula berhijrah, saya pelbagaikan cara memakai tudung, tetapi kini lebih suka gaya ringkas.

“Dalam berfesyen, tidak bermakna sentiasa kena beli tudung dan baju baru, sebaliknya kita boleh suai padan apa yang sedia ada dalam almari dan pandai bermain dengan warna,” katanya yang kekal awet muda.

Bagaimana kekal awet muda? Dengan merendah diri Aida menjelaskan, tiada apa rahsia cuma sentiasa bersyukur dan menjaga apa dianugerahkan Ilahi. Sama seperti wanita seusianya, dia juga mengalami sakit-sakit badan, justeru dia menitikberatkan penjagaan kesihatan.

Mana yang kurang akan ditampung dengan vitamin dan makanan tambahan mengikut keperluan badan. Selain itu dia kerap bersenam di rumah, malah untuk menjaga kulit dia mengamalkan pemakaian krim pelembap dan pelindung sinar matahari.

Mengenai transformasinya, semuanya bermula pada Rejab 2008. Biarpun tidak pernah terlintas untuk menutup rambut, timbul kesedaran dalam hati untuk berubah ke arah kebaikan dan meninggalkan apa yang ditegah Ilahi.

Mana solat lima waktu yang dulunya tidak cukup, dia lengkapkan, malah turut mengundang ustazah mengajarnya mengaji di rumah serta mendekatkan diri dengan masjid.

“Allah nampak usaha saya ke arah itu, maka Allah beri saya hidayah. Sejak bertudung, macam-macam ujian hadir tapi saya kuatkan iman. Alhamdulillah, dua tahun kebelakangan ini hidup saya sangat tenang dan bahagia.

“Kalau saya tahu begini nikmatnya, dari dulu lagi saya berhijrah tetapi tak mengapa, mungkin Allah mahu saya belajar. Apa yang saya lalui dalam hidup sebelum berhijrah dapat dijadikan pedoman serta sempadan. Saya tidak rindukan hal duniawi yang saya tinggalkan sebab saya tenang begini.

“Ada juga yang kata saya bertudung kerana fesyen. Tak mengapalah, itu pandangan mereka. Yang penting, saya tahu perubahan ini ikhlas daripada hati dan saya mahu dekat dengan Allah. Kita cantik pada mata Allah bila bertudung,” kata nenek kepada tiga cucu ini yang memanfaatkan hari-harinya dengan mendalami ilmu agama dan menetapkan hati, jika berlakon mestilah menepati syariat Islam.

Rezeki Aida dalam dunia seni lakon tidak pernah kurang walaupun bertudung. Kata Aida, dia jujur dengan kerja dan tidak pernah mengharapkan apa-apa daripada penat-lelahnya.

Baginya, apabila dipertanggungjawabkan menjayakan sesuatu watak, itu adalah amanah dan wajib dilaksanakan sebaik mungkin. Trilogi Cinta 2 yang menjalani penggambaran sekitar Kuala Lumpur, Sekinchan dan Tanjung Karang, Selangor akan disiarkan menerusi saluran RTM1 setiap Khamis dan Jumaat, bermula 6 September ini. Aida sekali lagi menjayakan drama terbitan Suhan Movies & Trading dalam Mimpi Sinderella untuk Slot Lestari di TV3.

Saran Aida, jangan pertikai soal rezeki apabila berhijab kerana Allah hendak uji setebal mana cinta kita kepada-Nya.

“Apabila kita kenal Allah, kenal diri, kita akan faham.

“Ramai orang boleh pakai tudung tapi tanya pada diri, kita berhijrah kerana apa? Jika kerana Allah, insya-Allah, itulah itu hijrah yang sebenar-benarnya. Jika hidayah yang kita peroleh itu daripada Allah, automatik kita akan rasa malu jika tidak ikut apa disuruh.

“Andai apa yang kita rancang atau harap tidak menjadi, jangan bersedih. Banyakkan sabar dan reda. “Percayalah, pasti ada benda yang lebih baik Allah nak bagi. Saya melaluinya beberapa kali dan kerana itu saya tidak susah hati,” katanya yang sentiasa muhasabah diri.



Credits: hmetro.com.my

Last edited by achik2009 on 2-9-2012 09:47 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2012 09:51 AM | Show all posts
Hijab itu indah - Aida Khalida

TERUS dihujani tawaran berlakon, Aida Khalida muncul lagi dalam sambungan drama fenomena, Trilogi Cinta 2 yang akan disiarkan mulai 6 September ini.


BANYAK mengawasi diri dan sentiasa bersyukur, wajah Aida Khalida jelas mempamerkan amalannya itu. Merendah diri dalam berbicara, pembawa watak ibu Razif (Rosyam Nor) dalam siri drama Trilogi Cinta 2 ini banyak menyebut perkataan syukur dalam bait ayatnya. Sebagai informasi, drama Trilogi Cinta 2 akan ditayangkan bermula 6 September ini di saluran TV1 pukul 10 malam.

"Saya sukakan tudung labuh dan berfesyen mengikut syariah. Dahulu, mula-mula berhijrah agak teruja mencuba pelbagai gaya fesyen tetapi kini mahu kelihatan santai dan bertutup," ujarnya yang tampak tenang dan banyak tersenyum cantik.

Tawaran kerja terus menghujani dirinya, sama seperti dahulu. Ujar Aida yang penting dalam kerjaya adalah sentiasa perlu jujur dan tidak mendambakan balasan dalam setiap perbuatan.

"Setiap tawaran adalah rezeki Allah dan kita harus jujur dengan segala perlaksanaan kita," ujarnya yang bari selesai penggambaran drama Julia, lakonan bersama Nabila Huda untuk slot Akasia.

Diminta memberi komentar tentang penghijrahan dan impak tawaran selepas berhijab, Aida senyum dan menjawab:

"Kita perlu kenal Allah, percayakan dia dan rezeki-Nya. Perlu kenal diri juga, jadi baru faham erti rezeki dan semuanya. Yang penting juga perlu faham dengan niat dan makna berhijrah. Semua ini hidayah Allah dan kena buat betul-betul. Hijrah itu perlu suci."

Tidak menolak bahawa berhadapan dengan ujian serta dugaan hidup selepas bertukar gaya, Aida menambah bahawa semua yang dilaluinya adalah kuasa Yang Maha Mencipta. Yakin diberikan ujian kerana disayangi Allah, ulas Aida lagi itu semua ialah ujian kepada ketebalan iman seseorang.

"Kalau saya tahu indahnya memakai hijab ini, dari dahulu saya laksanakan. Tetapi ini semua adalah perjalanan hidup saya dan saya belajar tentang kehidupan. Sekarang saya sangat tenang," tambahnya yang mengaku tidak pernah merancang untuk bertudung dan niat itu muncul pada bulan Rejab tahun 2008.

"Saya tidak rindukan Aida yang dahulu. Saya lebih tenang begini. Bagi saya dengan berhijab, saya cantik di mata Allah," ujarnya.

Ditanya tentang ketenangan yang diperolehinya kini, Aida yang terkenal dengan kepelbagaian dan kepandaian berfesyen ini mengaku mendapat titik itu dua tahun lalu.

"Awal-awal saya banyak diuji, melalui banyak perkara namun dua tahun kebelakangan ini, saya tenang," luahnya yang kini banyak mengikuti kelas dan ceramah agama untuk pengisian dirinya.

Menyentuh tentang jodoh setelah sekian lama menyendiri, Aida senyum lagi dan menjawab bahawa dirinya tidak menolak jika ditakdirkan berkahwin lagi. Namun sambungnya, dia mengaku belum membuka jalan ke arah itu.

Sebelum usai perbualan yang menyenangkan dengan wanita yang dikagumi ramai kerana fesyennya ini, Aida diminta memberi pendapat perihal fesyen dan artis sekarang.

"Perlu ingat kepada yang beragama Islam, boleh berfesyen tetapi jangan terlalu mendedahkan aurat. Harus menjurus kepada agama. Jaga akhlak, itu penting," nasihatnya lembut.



Credits: kosmo.com.my
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2012 01:41 PM | Show all posts
Patut tajuk topik ne kena tukar. Aku suggest:

"Astaghfirullahhulazzim, makin ramai warga cari.com.my mencemuh, menghina, menjatuhkan, dan mempolitikan artis bertudung/berhijrah"
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2012 05:14 PM | Show all posts
bgus sngt artis2 neh da berubah....mereka boleh jd idol kepada remaja2 masa kini... harap ramai lg artis mahu berubah ke jalan yang benar....
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2012 08:49 PM | Show all posts
achik2009 posted on 9-8-2012 09:28 AM

Subhanallah betapa cantiknya Nurul Syuhada
Dari dulu memang minat dia sekarang bertambah minat dgn dia selepas dia berhijab
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2012 09:00 PM | Show all posts
syukur syukur alhamdulillah........
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2012 01:27 AM | Show all posts
achik2009 posted on 2-9-2012 09:46 AM
Aida ikhlas berubah

Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN

bekas model. patutlah pun lawa. dah tua2 pun still lawa lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2012 08:19 AM | Show all posts
aleeya... anak cikgu fatii..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.393155 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list