View: 3007|Reply: 5
|
Agni Keli, Tradisi Unik Di India Pergaduhan Api Dengan Api
[Copy link]
|
|
Agni Keli juga dikenali sebagai Pergaduhan Api Kuil Kateel Durga Parameswari yang terletak di Mangalore, negara India. Tradisi turun temurun ini merupakan salah satu upacara di India yang unik dimana beratus-ratus penganut hindu akan membaling pelepah kelapa sawit yang sedang terbakar kepada antara satu sama lain. Kenapa? Ia dikatakan akan dapat menenangkan hati dan jiwa Dewi Hindu Durga agar sentiasa tenteram.
Pesta Pergaduhan Api di Kuil Kateel Durga Parameswari ini disambut selama lebih daripada 8 hari dalam bulan April setiap tahun. Agni Keli bermula pada malam sebelum Hari Sankramana Mesha. Pada malam kedua festival tersebut, beratus-ratus penganut hindu akan berkumpul di kuil Durga yang terletak di Mangalore untuk menjalankan tradisi unik yang telah berusia berabad-abad lamanya. Aktiviti tradisi ini amat kasar dan bahaya kerana dengan tindakan membaling pelepah kelapa sawit yang sedang terbakar antara satu sama lain akan menyumbang kepada kecederaan.
Semasa sedang berlawan dalam pergaduhan api dalam tradisi unik ini, setiap peserta yang mengambil bahagian hanya dibenarkan membuat lima balingan untuk pelepah kelapa sawit yang sedang terbakar sahaja. Hal ini supaya semua peserta lain yang turut hadir sama dalam tradisi unik ini dapat cuba untuk membuat balingan pelepah kelapa sawit yang sedang terbakar itu. Untuk mengelakkan daripada kecederaan melecur yang serius dan teruk, peserta diarah untuk tidak memakai pakaian yang dapat menutup seluruh tubuh mereka (untuk elak pakaian dari terbakar) dan jika terdapat luka akibat kesan api, air Kumkumarchane (seumpama Holywater) akan disemburkan pada bahagian tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah adat tradisi dan kepercayaan agama mereka sebegitu |
|
|
|
|
|
|
|
tak tahu nak cakap apa dah.....dah itu ikutan agama dia orang, walaupun kalau difikir secara logik tak masuk akal bergaduh api. |
|
|
|
|
|
|
|
mengarut jahhh ![](static/image/smiley/default/dizzy.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|