CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17188|Reply: 6

Kenapa Notebook Tetiba Tak Boleh On Power?

[Copy link]
Post time 31-7-2012 02:48 PM | Show all posts |Read mode
Sekarang ramai orang lebih suka beralih kepada menggunakan notebook berbanding komputer desktop yang besar dan tak boleh dibawa kemana-mana tu. Namun begitu ramai yang tak tahu nak jaga notebook mereka supaya tahan lama dan tidak rosak. Ramai yang tidak cermat malah telah berlaku kemalangan keatas notebook mereka.

Notebook terjatuh, dicuri dan tersimbah air adalah kejadian yang terjadi akibat kealpaan diri sendiri. Kerosakan akibat virus, kepanasan dan terbakar pula adalah disebabkan oleh ketidak cermat nya tuan punya notebook itu sendiri dimana jika digunakan notebook tersebut secara berhemah dan mengikut tatasusilanya maka ia akan lebih tahan dan tidak rosak. Apabila notebook menjadi rosak maka soalan yang selalu ditanya ialah Kenapa Notebook saya rosak dan bagaimana ia boleh rosak.

Antara notebook yang paling popular dan sentiasa mendapat pertanyaan akibat kerosakkan itu ialah notebook Acer,  Compaq dan Lenovo. Walaupun jenama berlainan namun kerosakkan nya kebanyakkannya hampir sama saja. Jika melibatkan software maka perkara pertama yang perlu dilakukan ialah format terus, atau jika melibatkan hardware terutama motherboardnya mungkin terpaksa berhabis wang untuk tukar motherboard baru.

Antara pengalaman perit anda dengan notebook anda, apakah pengalaman yang tidak dapat anda maafkan terjadi keatas notebook anda??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2012 08:48 AM | Show all posts

saya baru je beli labuah laptop terpakai, HP 8510p dengan harga RM805 (termasuk delivery).
dapat je dari pos, berbesar hati la nk cuba-try-test-uji. So, tekan power button (bukan merukuk yg kat kibod Apple produk). lampu nyala, oren.

Sefahaman aku, tu tandanya bateri weak. Yela, 2nd hand, masalah bateri kong mmg tak dapat elak. So, cucuk kabel power. OK, power masuk. Tapi, screen tiada apa2 gambar, hatta BIOS sekalipon. Juga disedari, tiada aktiviti HDD/CD.

Restart dengan cara paksa, iaitu tekan power lebih 5 saat. byk kali restart, sama juga.

Sila jelaskan permasaalahan di atas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2012 01:02 PM | Show all posts
itulah risikonya beli notebook second hand melalui online. seelok-eloknya kalau nak beli barang second hand kena cuba dulu baru beli tengok condition dia.

Cuba buang battery dulu lepas tu power on kan dia. atau cuba gunakan adapter yang lain untuk mempastikan adaptor tidak bermasalah. jika tidak boleh juga bermaksud ada masalah dengan panel board dia la. kena repair m/board tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2012 12:19 AM | Show all posts
Laptop HP  safety lock para bateri, tanggalkn adapter dan bateri , pastu tekan dan hold butang on 5 minit utk r;eset.
Sambungkan adapter utk direct power Tanpa bateri on kan laptop tekan f11. Cuba  byk kali hingga laptop boot as normal
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2012 10:15 PM | Show all posts
meh jual kat aku scrap laptop...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2013 02:00 AM | Show all posts
Kamen_rider posted on 9-12-2012 10:15 PM
meh jual kat aku scrap laptop...

Ada seketul dh rosak toshiba ... Nk beli tak? Nk repair diaorg ckp mobo rsk ... Klu nk beli pm sy ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2013 12:43 PM | Show all posts
Saya trouleshoot notebook Dell Inspiron N4050. Anak sedara baling. So tak boleh start up. Dah check bios, hard disk detected. Maksudnya hardisk ok. Confirmed ok hard disk sebab dah buka dan dah connect ke desktop dan semua data ok.

Problem is, saya ni kalau desktop tu ok lagi kalau nak buka, tapi notebook ni jarang2. Sebelum buka utk keluarkan hardisk, boleh on dan boleh chk bios apa semua, setelah buka dan letak semula hardisk, on power supply, langsung tak boleh on notebook.

Apa yang telah berlaku iye..saya tak dapat nak fikirkan kenapa tak boleh on note book. Boleh sesiapa beri pendapat tak?

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.040681 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list