View: 9575|Reply: 14
|
7 kecanggihan zaman purba..
[Copy link]
|
|
7 kecanggihan zaman purba..
Arkeologi dan para pengkaji sejarah sering mendapati dan membuat tanggapan bahawa pada masa dahulu adalah tidak bertamadun disebabkan tiada teknologi.
Sebagai contoh, jika difikirkan kembali perkembangan ilmu sains dan teknologi yang 'dimulakan' oleh barat secara besar2an ketika revolusi perindustrian pada akhir kurun ke-18 berlaku sehingga sekarang hanya memakan masa 200 tahun sahaja. Tentu sahaja kemajuan yang telah dicapai dalam sesetengah tamadun yang lebih lama bertahan mempunyai perkembangan teknologinya yang tersendiri.
Namun begitu sesetengah penemuan artifak2 purba yang menunjukkan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi pastinya menjadi tanda tanya kepada kita pada hari ini. Walaupun masih kekal misteri, berkemungkinan kemajuan yang dicapai dahulu mungkin melebihi hari ini
1.) Bateri Baghdad
Ditemui ahli arkeologi Austria, Dr Wilhem Konig yang menjalankan kerja mencarigali di daerah Khujut Rabula sekitar Baghdad. Objek yang ditemui pada 1930 ini dianggarkan berusia 2,000 hingga 5,000 tahun lalu sekaligus menolak penciptaan bateri oleh Count Alessandro Volta pada 1800 dan teori induksi elektromagnetik oleh Michael Faraday pada 1831. Apa yang menarik konsep binaan bateri yang menyerupai bateri moden ini mampu menghasilkan tenaga elektrik antara 1.5- 2.0 volt.
2.) Kalkulator kuno
Artifak mirip jam yang berusia 2,000 tahun itu dijumpai di perairan pulau Antikytera, Greece. Derek J De Solla Price, seorang pengkaji mendapati ia berfungsi sebagai kalkulator yang dapat menghitung pergerakan bintang dan planet.
3.) Reaktor Nuklear
Jika anda pernah membaca artikel saya bertajuk Bangsa sebelum Adam A.S, pasti kita dapati kemajuan bangsa yang telah dicapai dengan begitu pesat sekali. Reaktor yang berusia 2,000,000 tahun ini ditemui di Oklo di Republik Gabon, Afrika. Ditemui pada 1972, struktur lombong dan rekabentuknya didapati mampu mengekang radioaktif daripada tersebar! Sesuatu yang pasti teknologinya jauh lebih canggih daripada teknologi hari ini.
4.) Kanta Optik
Ditemui juga di Baghdad, kanta optik sebesar ibu jari ini dianggarkan berusia 2,200 tahun. Jauh berbeza dengan penciptaan kanta yang dihasilkan di Eropah pada abad ke-16.
5.) Jantung buatan
Dijumpai penyelidik Mesir pada dada kiri mumia anak lelaki di piramid Mesir. Dihasilkan kira2 5,000 tahun lalu sekaligus menunjukkan keupayaan masyarakat zaman lalu berbanding ilmu perubatan sekarang yang hanya berupaya menghasilkan jantung buatan beberapa dekat yang lalu.
6.) Robot
Dicipta pada zaman pemerintahan Maharaja Mu (976-922 SM) ketika Dinasti Zhou, aplikasi robotik ini dibina berasaskan mekanisme mekanikal dan berupaya bernyanyi dan menari seperti manusia, membawa peralatan kepada tuannya selain mempunyai organ tubuh seperti tulang, otot, sendi, kulit, dan rambut. Hasil ciptaan Ma Daifeng, selain itu juga adalah alat merekod jarak perjalanan dan aplikasi industri kilang tanpa kawalan manusia.
7.) Kenderaan
Pasti kita pernah melihat ukiran2 purba Mesir sebelum ini. Namun, yang lebih menarik ukiran2 purba di Abydos, Mesir telah menunjukkan gambar kenderaan yang wujud mirip dengan kenderaan pada hari ini. Dikatakan berusia 3,000 tahun, lukisan2 jelas kelihatan helikopter, kapal selam, bot, dan pesawat.
Corak dan gaya hidup masyarakat terdahulu bukanlah suatu manifestasi bahawa tamadun itu tidak mencapai kemajuan dalam sains dan teknologi. Apa yang pasti kebolehan mereka mengintegrasikan sains dan teknologi beserta ilmu alam menunjukkan mereka lebih praktikal dalam menjaga kelestatarian dan kehijauan bumi kita..=)
delete klo dah ade and move kalau salah tmpat ye en mod....
kredit kepada ariff.xinjagezx-jiwang.org
|
|
|
|
|
|
|
|
semua teknologi ni didakwa dicipta pada zaman barat mengusai dunia,, betul2 merekacipta atau sekadar meniru dengan bantuan seseorang. |
|
|
|
|
|
|
|
Heheh...bateri baghdad tu apa aplikasi dia? Cuba cerita?
Reaktor nuklear tu kena paham ye itu 'reaktor semulajadi' maknanya kandungan uranium dalam bumi tu cukup mencapai 'critical mass' sendiri...bukan sisa bangsa zaman dulu2 punya.
Dan akhir sekali kalau betul zaman dulu dah ada speedboat, heli, pesawat dan kapal selam...mana dia sisa2nya? Kalau chariot yang tak canggih pun masih kekal, inikan pula helikopter...... |
|
|
|
|
|
|
|
berkenaan lukisan kenderaan modern tuh.. mungkin depa ada ilmu tok bomoh diorang yang boleh melihat masa depan.. kalau tak takkan depa masih menulis kat dinding batu lagik.. |
|
|
|
|
|
|
|
alphawolf posted on 7-8-2012 04:00 PM ![](static/image/common/back.gif)
Heheh...bateri baghdad tu apa aplikasi dia? Cuba cerita?
Reaktor nuklear tu kena paham ye itu 're ...
helikopter speedbot, semua tu, mgkn imaginaasi org2 dulu2...
mcm skrg, org dook imaginasi pasal robot, teletransport...mgkn lg 500 - 1000 tahun baru benda ni jd realiti... |
|
|
|
|
|
|
|
oic... kirenye artikel ni x semestinye betol? haha |
|
|
|
|
|
|
|
oic... kirenye artikel ni x semestinye betol? haha |
|
|
|
|
|
|
|
ni pun thread ah pernah ada. obses nak buka thread baru sampai tak fikir nak search dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
ptot la zman skrg dh ada yg lebih canggih pd nihh..
![](static/image/smiley/onion/2cong.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
salimrock posted on 8-8-2012 02:17 AM ![](static/image/common/back.gif)
helikopter speedbot, semua tu, mgkn imaginaasi org2 dulu2...
mcm skrg, org dook imaginasi pasal ...
Tak jugak Bro. Aku percaya teknologi dulu lebih canggih dr skrg. Salah satu contoh dlm Al Quran sendiri cerita masa Nabi Sulaiman nak pindahkan istana Rau Balqis, Ifrit boleh buat sebelum Nabi Allah bangun, tapi sorang manusia sanggup pindahkan sebelum mata Nabi Allah sempat blink. Teleport dah ada dulu2 lagi.
Lagi satu pasal Iskandar Zulkarnain bina tembok halang Yakjud Makjud (dlm Quran pun cerita). Kalo ikut logik akal zaman takde teknologi, berapa lama masa nak diambil nak gali 2 tebing pergunungan n leburkan besi buat tembok sebesar2 dan setinggi2 dinding gunung? Sekarang ni pun makan masa puluh2 tahun inikan pulak zaman dulu tapi dapat dibuat dlm tepoh sekejap je (mungkin bulan atau tahun sahaja sebab kalo takde teknologi, sampai kaum tu pupus pun tak siap2 gali tebing gunung).
Aku kuat percaya zaman sebelum nabi Nuh manusia lebih canggih drp sekarang sebab sela masa beribu2 tahun. Manusia moden perlukan 400-500 tahun nak evolve n maju. Imagine what can human do for 2000-3000 years or more before that (banjir besar) to evolve? sebab ilmu Allah bagi bukan hanya pada manusia moden tapi semenjak Nabi Adam lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
kemajuan / teknologi yang terhasil sesuai mengikut zamannya.....tak semestinya zaman kita sekarang kemajuan/teknologinya lebih baik atau sebaliknya.....tapi yang pasti itulah kemajuan / teknologi yang sesuai untuk zaman kita....begitulah juga dengan kemajuan/teknologi yang ada pada zaman dulu ........ |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak percaya artikel ni.
kalau korang nak tau semua teknologi yg kita ada skrg adalah dari "All-Spark" iaitu dari Planet Cybertron okeh.
kakakakka. |
|
|
|
|
|
|
|
sharfox posted on 10-8-2012 01:32 PM ![](static/image/common/back.gif)
Tak jugak Bro. Aku percaya teknologi dulu lebih canggih dr skrg. Salah satu contoh dlm Al Quran se ...
Statement ni buat aku terpikir balik... Ada lojik..
|
|
|
|
|
|
|
|
jap lagi.. ade org yg cakap "ini suma JINNN PUNYA KERJAAAA"
hahahahahahhahaaa ![](static/image/smiley/default/3vmad.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|