CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2878|Reply: 5

Pornografi Berusia 28,000 Tahun Ditemui

[Copy link]
Post time 13-8-2012 01:28 AM | Show all posts |Read mode
Bagi sesetengah masyarakat, pornografi mungkin merupakan bahan lucah yang sering ditemui pada zaman moden..Namun siapa yang sangka, pornografi juga pernah wujud kira-kira 28,000 tahun yang lampau..Kalau nak tahu, meh baca cerita kat bawah ni..



Australia - Sebuah lukisan erotik purba telah ditemui oleh seorang ahli arkeologi pada bumbung gua di sebuah gurun berdekatan Arnhem Land, Australia Utara.


Ahli arkeologi, Byrce Barker yang juga merupakan seorang profesor dari University of Southern Queensland mengatakan lukisan yang serupa juga pernah ditemui di Gua Chauvet, Perancis dan gua-gua di Sepanyol utara yang mempunyai usia yang lebih tua iaitu kira-kira 30,000 tahun hingga 40,000 tahun.


"Apa yang membuatkan ia kelihatan unik adalah kerana ia dilukis pada arang, di mana tarikhnya mudah diperolehi," kata Barker seperti yang dikutip oleh Time of India.


Gambar erotik tersebut telah dilukis disebuah kawasan berbatu besar bernama Narwala Gabarnmang, di mana keseluruhan tiang dan bahagian bawah batu tersebut mempunyai lukisan gua zaman purba. Satu-satunya jalan masuk ke kawasan tersebut adalah dengan menggunakan helikopter iaitu kira-kira 90 minit perjalanan dari bandar pedalaman Katherine.


Lukisan tersebut kelihatan amat sederhana berdasarkan cat yang hanya menggunakan warna merah dan putih sahaja. Namun, ia jelas menunjukkan imej seseorang sedang bersetubuh.


Selain itu, gambar erotik berkenaan tidak hanya menunjukkan satu imej sahaja, malah masyarakat purba pada ketika itu telah membuat satu cerita tentang seks hasil daripada rangkaian gambar-gambar tersebut.


Kali pertama ahli arkeologi dibawa ke tempat tersebut adalah kira-kira 5 tahun yang lalu oleh penjaga kawasan terbabit. Ia bertujuan untuk menunjukkan hasil seni purba yang terdapat di situ dan pada masa yang sama mendedahkan rahsia sejarah lukisan berkenaan.


"Kami baru sahaja menggali sebahagian kecil dari kawasan tersebut dan berharap untuk menemui lebih banyak hasil seni purba yang berusia lebih daripada 28,000 tahun di sini," ujar Barker lagi.







http://drysheet.blogspot.com



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2012 02:04 AM | Show all posts
gigih org zaman dulu melukis sume nih....
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 02:36 AM | Show all posts
untuk tatapan anak cucu zaman skrg jugak uolsss,,bagi orang sekarang de kerja kaji2, gali2,, tak gitew
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 09:30 AM | Show all posts
lumrah manusia...Orang2 dulu2 pun bernafsu tinggi gak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 09:32 AM | Show all posts
mcm2
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2012 09:32 AM | Show all posts
logik x kalo kemajuan manusia masa hadapan mampu buat time machine... pastu time traveller pi mase lampau lukis mcm2....

or built sumting great with future engineering & present technology... cth piramid...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.035268 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list