[size=85%]Dua hari lalu ada kami janjikan akan paparkan Muzium Ferrari rasmi di Maranenello. Di Museo Ferrari hanya Ferrari yang mempunyai sejarah perlumbaan dipamaerkan didalam 3 kategori utama ialaitu Formula 1, Granturismo dan Sports. Selain kereta lumba, piala kemenangan, enjin serta pejabat Enzo Ferrari juga dipamerkan kepada umum. Muzium ini dibuka setiap hari kecuali Krismas dan tahun baru dari 9 pagi sehingga 7 malam. Harga tiket masuk pula EURO 13. Siapa peminat kereta Ferrari jangan lepaskan peluang melawat Museo Ferrari di Maranello ini.