aku penah baca article ni dulu. bila ada thread psl wartawan x beretika semlm trus ja aku teringat article ni. ni dari paper mingguan malaysia 15 julai hari tu . gigih aku mencari. ada la jugak sangkut paut psl x beretika ni...
ARKIB : 15/07/2012
Favoritism biar berpada
ADA wartawan hiburan mengadu pada saya yang dia tak boleh nak temuramah seorang pelakon lelaki yang baru menang anugerah paling popular baru-baru ini. Wartawan hiburan ini jaki tengok dekat-dekat muka aktor itu sebab terkena banyak kali dengan perangai berlagak aktor itu. Tanya baik-baik tapi bila dibalas kasar oleh aktor itu, sebab itu dia naik anginlah. "Sumpah, kalau boleh aku tak nak intebiu aktor itu lagi lepas ini. Memang biadap. Aku dah senarai hitam dia sekarang ini," marah wartawan hiburan itu pada saya lagi.
Tidak dinafikan memang wujud situasi favouritism di kalangan wartawan hiburan ini. Ia banyak dipengaruhi faktor keselesaan sewaktu komunikasi berlangsung pada peringkat awal. Kalau pertemuan pertama dah cari pasal, maknanya pertemuan kali kedua atau ketiga itu terjadi pasti ada masalah.
Inilah asas favouritism dalam dunia hiburan tempatan. Ada orang suka, ada juga orang tak suka. Wartawan hiburan tak boleh mengelak jumpa artis dan begitu juga sebaliknya. Tapi bila masuk dalam konteks kerja, wartawan hiburan selalunya bersikap pemilih. Mereka nak artis yang mudah be kerjasama. Sementara artis-artis yang perasan bagus, kekwat (berlagak) atau selalu tukar kenyataan terpaksa disingkirkan awal-awal.
Justeru, bagi saya pula, kriteria artis pilihan utama adalah yang jujur dan tidak bercakap pusing-pusing macam nak buat roti jala. Saya juga tak suka artis yang suka melenting dan tuduh wartawan hiburan buat silap dalam penulisan artikelnya. Buat tuduh macam-macam, kata wartawan hiburan bodoh, telinga tak dengar walaupun sah-sah pita rakaman ada depan mata masa temuramah dengan artis itu berlangsung.
Jadi dalam bab favoritism iaitu memlih suka atau boikot dengan seseorang artis itu, saya tak ambil kisah sebab sah-sahlah ia bersifat bias. Lebih baik kalau kita minat secara sembunyi-sembunyi, tak terlalu meluahkan kepada orang ramai. Maklumlah, tulisan wartawan ini berpotensi menimbulkan syak wasangka kepada pembaca sekiranya terlalu banyak 'bunga ayat' atau memuji-muji seseorang artis itu. Nampak sangat tak profesional.
Untuk itu, dalam bab favoritism juga, saya hanya mampu jadi pendengar saja kalau ada wartawan hiburan 'tak suka' dengan artis tertentu atas sebab masalah peribadi atau apa saja.
Bukan tak ada perasaan tapi kita semua kena ingat bahawa artis juga manusia biasa. Mereka cuma bertuah kerana diangkat naik oleh wartawan hiburan kerana bakat yang ada, sekali gus membuatkan mereka jadi luar biasa.
Contohnya pelakon. Mereka diberi watak orang kaya dalam sebuah drama. Tapi adakah lakonan dalam dalam televisyen itu menggambarkan kehidupan mereka sebenar secara realitinya?
Begitu juga keadaan buat seorang penyanyi. Adakah baju gemerlapan yang disarung di atas pentas membuktikan kemampuan memiliki koleksi baju cantik dan hebat dalam almari? Adakah mereka juga jenis melaram dengan alat solek 24 jam?
Hakikatnya, artis juga ada perangai dan tabiat tersendiri. Jadi bila ada artis yang buat pasal dengan kita, tak kan nak boikot selamanya. Tak baik bukan? Jadi, tak payahlah nak terlalu fanatik dengan artis-artis tertentu. Minat itu biarlah berpada-pada, jangan terlalu ekstrem sampai bergaduh sesama sendiri. Buang masa dan tenaga saja!
p/s - penulis article ni nama amirah/athirah (aku dh x ingat). klu x silap la. tiap2 minggu dia menulis mcm2 topik yg berkait dgn dunia hiburan. ok gak la dia ni. xde cover2 psl pe'el x semenggah kebykan wartawan ni.
Share on em
|